Sunday, December 28, 2008

Selamat Jalan 1429H, Selamat Datang 1430H

بسم الله الرحمن الرحيم


Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib, pada akhir bulan Zulhijah. Sesiapa membaca doa ini, berkatalah syaitan : ” kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan ALLAH binasakan aku satu saat jua. Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


بِسْمِ اللهِ الرﱠحْمٰن الرﱠحِيْمِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ

اَللهَمَّ مَا عَمِلْتُ فِىْ هٰذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِىْ عَنْهُ فَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ

وَحَلَمْتَ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوَبَتِىْ إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِى عَلَى مَعْصِيَتِكَ

فَإِنِّى أَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلِى وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِى عَلَيْهِ الثَّوَابَ فَأسْئَلُكَ

اَللهُمَّ يَا كَرَيْمُ يَا ذَاالَجَللاَلِ وَالإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّى وَلاَ تَقْطَعْ رَجَائِى مِنْكَ ِيَا كَريْمُ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِِىِّ الأُمِّى وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Doa ini dibaca 3 kali selepas maghrib, pada awal Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata,: ” Telah aman anak Adam, amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini.” Kerana ALLAH S.W.T. telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan laknaktullah.

بِسْمِ اللهِ الرﱠحْمٰن الرﱠحِيْمِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ

اَللهَمَّ أَنْتَ الأبَدِىُّ الْقَدِيْمُ الأوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوَّلِ

وَهَٰذَا عَامٌ جَدِيْدُذٌ قَدْ أَقْبَلَ إِلَيْنَا نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ

وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَٰذَا النَّفْسِ الاَمَارَةِ بِاالسُّوْءِ

والإِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِى إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَاالْجَلالِ وَالإِكْرَمِ يَا أَرْحَمَالرَّاحِمِيْنَ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِِىِّ الأُمِّى وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Salam Maal Hijrah 1430

بسم الله الرحمن الرحيم





Ya Allah, dan kini aku sendiri... tiada teman tiada ganti...
Hanya kepadaMu aku pohonkan kekuatan diri...
Agar diri ini terus istiqamah dengan cintaMu yang hakiki...

Ya Allah, Kau ujikan daku dengan pelbagai rintangan...
Dan Kau tunjukkan aku jalan kebenaran...
Agar ku tahu erti kemanisan iman...

Ya Allah, hanya padaMu aku menyembah dan hanya padaMu aku pohonkan pertolongan...
Setelah keinsafan dan keimanan yang aku kecapi...
Aku pohonkan dariMu agar iman ini tidak dipalingkan...
Biarlah cinta duniawi hilang dari pandangan hati...
Kerana cinta akhirat itu... kekal abadi...
Hijrahku... Semoga terus melangkah ke syurgaMu...

Salam Ma'al Hijrah untuk semua muslimin & muslimat
Semoga hijrah baru yang di'azamkan akan menjadi biarpun selangkah...
InsyaAllah... Selamat BerHijrah ~

Hijrah Huzaifah
13:00 | 30 Zulhijjah 1429H

Friday, December 19, 2008

Kitabi #1 : Life is an Open Secret by Zabrina A. Bakar

بسم الله الرحمن الرحيم



Kitab ini adalah diantara kitab-kitab yang begitu menarik perhatian saya dan membuat saya berfikir ketika membacanya. Isi-isi dan kupasan motivasi dengan sentuhan keIslaman, mampu 'menjentik' kesedaran dalam diri pembaca. Sekiranya anda mencari 'palam pencucuh' buat anda memulakan satu kehidupan, lebih tepat lagi dengan kalimah hijrah, saya pasti bahawa ini adalah buku untuk anda. Berintikan 18 cerita inspirasi dari berbagai pengalaman dijadikan analogi dan corak putar kehidupan. Bab 1 sahaja sudah mampu membuat diri sebak sekaligus merembes titisan mata kerana sentuhan mengenai kepentingan dan kemuliaan seorang ibu. Dan di sini saya kongsikan isi kandungan buku tersebut agar pembaca lebih mengetahui kupasan yang terdapat di dalamnya.

18 Rahsia Kehidupan :

  1. Love Your Mother
  2. Decide Your Path Wisely
  3. Rise Early
  4. Face Challenges with Zest
  5. Aim and Strive
  6. Be Connected
  7. Stay Steadfast
  8. Sharpen Your Communication Skills
  9. Say the Word and Do the Action
  10. Choose Your Words with Care
  11. Manage Your Time
  12. Be Ready for Oppurtunities in Life
  13. What Goes Around, Comes Around
  14. Half Full or Half Empty?
  15. Make Patience Your Policy
  16. Be Persistent
  17. Less of Me and More of We
  18. Trust Your Lord
  19. Find Your Passion (Bonus Secret)

Buku ini juga telah dibaca dan diulas oleh seorang pendakwah terkenal yang tidak asing lagi iaitu Sheikh Yusuf Estes. Berikut adalah ulasan beliau :

Life is an Open Secret is a great chance for all of us to get back in touch with life. Today, the expression "life in the fast lane" best describes what most of us are going through every day. Everything seems to just run by so quickly that we hardly have a chance to reflect on the meaning of it all, or even stop to enjoy the fragrance of a rose. It is about time someone came up with a book offering us the chance to get in touch with ourspiritual side so we can sort out the purpose and meaning behind what we are doing and where we are going.

Life is an Open Secret is not just another book about spirituality or feeling good about life. In fact, this book can be an inspiration for anyone and everyonein today's world. Regardless of the religous or social background a person might have. Life is an Open Secret can make a significant difference in how we look at life and, more importantly, how we can benefit from experiences and turn problems into oppoturnities and failures in life to chance for success.

Life is an Open Secret also appeals to those who are not committed to any particular religious faith. The author's style may be considered unique as well as appealing to all people everywhere. Life is an Open Secret strongly portrays a cohesiveness of society and brotherhood for all mankind and offers significant solutions to many of today's most serious problems in our everyday relationships. Her unique flow in writing encourages and reminds rather than preaching or admonishing us to join together with others to share in building a better world for our mutual benefit.

Life is an Open Secret can make a difference in the of anyone who takes the time to read and reflect on this most timely piece of advice and inspiration. I recommend it for your reading pleasure, enjoyment and spiritual enrichment.

My advise to all of us: "Read and reflect."


Sheikh Yusuf Estes
National Muslim Chaplain
WASHINGTON D.C., UNITED STATES OF AMERICA
July 6, 2007

..........

Tuesday, December 16, 2008

Tempat Meletak Basikal Automatik

بسم الله الرحمن الرحيم

Mungkin teknologi ini mampu menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk berbasikal jika dipasang di segenap pelusuk kotaraya. Bukan itu sahaja, jika dinaiktaraf untuk motosikal, boleh juga mengurangkan kadar kecurian motosikal dan basikal. Selami klip video yang saya petik dari Danny Choo ini. Mesin yang mampu menyimpan sehingga 144 buah basikal ini bukan sahaja unik malah pantas dan boleh mengeluarkan semula basikal dalam masa kurang dari 10 saat.









Source : Danny Choo

Monday, December 15, 2008

Keputusan Peperiksaan Sudah 'Online'!

بسم الله الرحمن الرحيم


Minggu ini adalah minggu yang sedikit sebanyak menggoyangkan jiwa sahabat-sahabat yang masih menuntut di ipt (institusi pengajian tinggi). Apa tidaknya, keputusan peperiksaan semester lepas akan dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja dan keputusan aku?

Hari ini adalah hari pelepasan keputusan peperiksaan semester Julai 2008 bagi Universiti Kuala Lumpur. Keputusan telah pun dimuatnaik oleh petugas ke dalam sistem e-citie (Electronic Campus Information Exchange) dan boleh disemak melaluinya.



Pagi tadi ketika sedang enak-enak sahaja melayari blog-blog sahabat, dialog Pidgin (aplikasi yang digunakan untuk YM di dalam Linux) segera muncul tiba-tiba dan

Buzz!!

Abu Jihad Rafsanjani : result exam dah kuar
Huzaifah : ok tq skang gak ana cek

Segera aku membuka satu lagi tab di firefox dan memasukkan alamat http://online.unikl.edu.my . Tiba sahaja pada butang Result Exam , aku menjadi kaku dan degup jantung semakin kencang. "Baik aku solat dhuha dulu minta pada Allah dimurahkan rezeki.." desas hati sambil mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan angka 11 dan 6 pada jarum panjang. Lantas aku mengambil wudhu' dan menunaikan solat sunat dhuha dua rakaat pada pagi itu.

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha, dhuhaMu, cahayanya cahayaMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu, perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah jika ada rezekiku di langit maka turunkanlah; dan jika ada rezekiku di bumi maka keluarkanlah; jika sukar maka permudahkanlah, dan jika ianya haram maka bersihkanlah, dan jika ia jauh maka perdekatkanlah, dan jika ia dekat maka permudahkanlah; dengan kebesaran dhuhaMu, keagungan, keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu. Berilah padaku sebagaimana Engkau berikan pada hamba-hambaMu yang soleh.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, keluarga dan sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Kemudian dengan menyebut basmAllah secara berterusan, aku klik pada butang View Result dan seterusnya pada Julai 2008. Alhamdulillah... Aku menguntum senyum. Lega. Syukurku panjatkan padaMu setinggi langit, seluas lautan, sebesar alam walaupun ku tahu harganya cumalah setitis nikmatMu di bumi ini.

Tangan menjadi gatal spontan kerana ingin tahu jua keputusan sahabat-sahabat yang lain. Ku capai telefon bimbit dan mula menyebar pesanan ringkas,

"Salam, result exam dah kuar"

Tahniah buat sahabat-sahabat yang cemerlang dan cuba lagi bagi yang kurang memuaskan atau tidak mencapai sasaran. Segala-galanya telah ditetapkan oleh Allah dan terdapat hikmah di atas segala sesuatu. Pada sahabat-sahabat yang masih menunggu keputusan, selamat menunggu dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang insyaAllah. Teruskan perjuangan di atas landasan dunia menuju ke akhirat dengan MARDHATILLAH insyaAllah...

~ Berilmu dan beramal, biar tak melimpah asalkan istiqamah ~
............

Sunday, December 14, 2008

Crack dan Perisian (Software). Halalkah?

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, dan saya dahului dengan alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi disaat ini masih termampu roh dan jasad ini duduk menghadap skrin hasil ciptaan manusia dengan ilmu kurniaan Allah s.w.t. Lama sudah saya renungkan dan baru tika ini molekul-molekul, campuran, unsur dan sebatian dalam tubuh ini pantas berlari meringankan diri masing-masing menjana kekuatan bagi menulis dan melontar pandangan tentang isu yang sudah lama kiranya. Namun, persoalan ini masih lagi perlu saya bangkitkan kerana dari pengamatan sekian lama ramai sahabat-sahabat dan individu yang tidak perasan atau kurang faham dalam sudut perisian dan cetak rompak.



Apa itu crack? Crack ialah satu medium yang membolehkan kita mengguna sesuatu perisian tanpa perlu mendapatkan (membeli) yang original atau sah. Ringkas kata, crack digunakan untuk memecahkan kunci sesuatu perisian agar ianya boleh digunakan tanpa perlu membeli perisian tersebut kerana setiap perisian itu telah dikunci dengan algorithm tertentu bagi mengelakkan kejadian piracy dan 'guna tanpa kebenaran'.



Pada masa kini, penggunaan perisian cetak rompak atau cracked software (perisian yang di crack) sangat berleluasa tidak kira dikalangan muslim mahupun non-muslim. Pernahkah kita terfikir bahawa perisian ini juga adalah produk ataupun harta yang dijual sebagai punca pendapatan dan sumber rezeki? Bayangkan anda mempunyai sepuluh buah kereta yang disewakan kepada awam sebagai perniagaan anda. Anda kunci kesemua sepuluh kereta anda yang terdiri dari BMW, Volkswagen, Proton, dan lain-lain bagi mengelakkan kecurian. Apakah perasaan anda sekiranya kereta-kereta anda dicuri atau digunakan tanpa kebenaran walaupun anda telah mengunci kesemuanya?

Hukum menggunakan perisian tanpa kebenaran ataupun mencuri guna, telah diputuskan oleh para ulamak dalam Persidangan Fiqh Islam ke 6 yang diadakan di negara Kuwait (1 hingga 6 Jamadil-Awwal 1409 Hijrah) bahawa;
"Hak penulisan, hak cipta dan hak kreativiti adalah terpelihara mengikut Syari'at Islam. Hak-hak itu adalah kepunyaan pemilik-pemiliknya dan tidak harus ia dicerobohi".
Oleh demikian, berdasarkan fatwa ini; tidak harus seseorang menjual barang/produk cetak rompak kerana ia dikira menjual barang milik orang lain tanpa keizinannya. Begitu juga tidak harus kita membeli barang cetak rompak kerana hukumnya sama seperti kita membeli barang curi iaitu haram. Sila rujuk http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/08/membeli-barangan-cetak-rompak.html .

"Dan Janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang tidak halal, dan kamu bawa perkara itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain denga cara tidak halal sedangkan kamu mengetahuinya" (Al-Baqarah : 188)


Namun sesetengah ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah harus apabila barangan cetak rompak itu dikeluarkan oleh golongan musyrik (ahli harb) ataupun golongan musuh Islam dan tinggal di negara kafir serta tiada sebarang perjanjian keamanan dengan negara Islam. Hukum ahli harb ini adalah halal darah mereka dan harta mereka selagi mana belum termeterainya perjanjian atau Hudnah diantara dua pihak. Walaubagaimanapun , haruslah berwaspada ketika membeli dan mengguna sebarang perisian cetak rompak kerana ditakuti bersangkutan dengan hak-hak orang Islam atau ahli zimmah ( orang kafir yang tunduk pada islam).

Memandangkan kita tiada mengetahui dengan lebih mendalam segala perisian-perisian seperti Microsoft, Adobe, MatLab dan sebagainya tentang mungkin terdapat hak-hak Islam dan ahli zimmah, suka saya seru kepada sahabat-sahabat sekelian. Marilah kita mengelakkan segala yang syak dan was-was. Ambillah yang benar-benar jelas, halal dan baik yang terdapat di muka bumi ini.



Alternatif? gunakan perisian yang diberi secara percuma dan terbuka. Perisian seperti ini dipanggil freeware dan opensource. Dijamin halal walaupun mungkin terdapat sedikit kesulitan atau kekurangan semasa menggunakannya. Pada zaman era serba canggih dan serba tanpa percuma ini, masih terdapat rezeki yang Allah kurniakan kepada kita secara percuma, bersyukurlah wahai teman. Anda semua boleh mendapatkan sistem operasi yang lengkap dengan perisian-perisian berguna di dalam linux yang freeware seperti Ubuntu, OpenSuSe, Fedora dan lain-lain. Antara perisian aplikasi yang freeware didalam linux ialah :

OpenOffice.org - fungsi yang hampir sama seperti Microsoft Office
Mozilla Firefox - pelayar web (Web Browser)
Amarok - pemain muzik/lagu
MPlayer - pemain video/movie
Thwab - ensiklopedia
Gimp - editor grafik seperti Adobe Photoshop
K3B - pembakar cd/dvd (cd/dvd burner) seperti Nero
Zekr - perisian al-Quran

Semoga perkongsian ini menambahkan lagi ilmu kurniaan Allah s.w.t. kepada kita... Yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari diri saya sendiri.

Wallahua'lam.

Rujukan :

http://www.geocities.com/CollegePark/Campus/8690/perso/so37.htm

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/10/masalah-hakcipta.html

http://forum.jiwang.org/index.php?showtopic=4942


Saturday, December 13, 2008

Nama dan Keperibadian

بسم الله الرحمن الرحيم


Kata-kata seorang sahabat yang terlintas dibenak menggerakkan cecair si otak lantas mendorong tulang temulang untuk menulis entri tentang hubung kait nama seorang muslim dan keperibadiannya. Syukran buat beliau yang mengingatkan daku tentang kedhaifan diri ini.
"Kalau setakat nama sahaja baik, perangai buruk buat apa"
Ayat membina dari seorang sahabat yang turut berkongsi gelaran 'Huzaifah' yang diberi sejak menghidu nikmat udara dunia ini lagi. Kata-kata itu meransang otak kecil ini sekaligus merembes idealogi yang mungkin menarik untuk dikongsikan bersama.

Suka saya kaitkan dengan dua perkara yang sering dipetik oleh Abu Saif di mana sahaja beliau berada, SUNNATULLAH dan SYARI'ATULLAH (saintifik dan syari'atik). Sunnatullah atau saintifik secara mudahnya ialah usaha ataupun hukum dunia manakala Syari'atullah ialah tawakkal ataupun hukum syari'at. Segala yang kita lakukan di dunia ini mestilah disertai dengan usaha dan tawakkal. Sebagai contoh, seorang pelajar harus berusaha dengan mengulangkaji pelajaran dan menumpukan sepenuh perhatian dalam setiap kuliah. Sesudah itu perlu disertai dan disulami dengan tawakkal iaitu dengan berdoa, solat hajat dan sebagainya. Itulah Sunnatullah dan Syari'atullah.




Apakah pertalian antara dua perkara ini dengan nama dan keperibadian? Pada pandangan saya, nama yang diberi itu ialah Syari'atullah dan asuhan serta didikan itu adalah Sunnatullah. Jika kita lihat pada nama yang diberi, Huzaifah. Nama seorang sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Huzaifah al-Yamani, digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi" yang ketika perang Khandaq, Nabi s.a.w mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Namun, beliau mengambil tindakan nekad dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripada Huzaifah. Sudah pasti ibubapa yang mencatatkan nama Huzaifah ini di atas warkah kelahiran anak mereka mahukan anak yang mengikuti keperibadian sahabat ini. Sunnatullahnya ialah dengan memberi didikan sempurna dari semua sudut terutamanya ilmu dan kefahaman agama.

Dari kata-kata sahabat yang membina itu, saya mendongak dan mencongak kembali segala perbuatan dan perhitungan saya selama ini. Tindak tanduk yang bertanduk ataupun berserban. Padankah dengan jolokan 'Huzaifah', "Penyimpan Rahsia Nabi". Amanahkah diri selama ini? Ahh... Sudah terlalu banyak rasanya catitan tentang diriku dalam kitab 'Atid, sang penulis amalan keburukan.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Ada tiga tanda orang munafik; apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila dipercaya ia berkhianat
"Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat-sifat mazmumah dan tambahkanlah padaku sifat-sifat mahmudah serta ilmu yang berguna. Ampunkanlah dosa-dosaku serta dosa kedua orang tuaku. Tempatkanlah kami di kalangan hamba-hambaMu yang soleh di akhirat kelak"

Na'uzubillah dari sifat-sifat munafik. Semoga Allah menerima segala taubat diri ini dan mengampunkan segala dosa-dosa lalu di mana terkadang pernah berdusta, khianat, bongkak, angkuh, riya', umpat, caci, degil dan sebagainya. Kepada semua rakan-rakan, sahabat-sahabat, saya mohon kemaafan andai selama ini ada kesilapan samada sengaja ataupun tidak, terguris hati mahupun terobek hati. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita, sudahkah diri menjadi seperti nama yang diberi? Sudahkah kita perbaiki diri yang selama ini bergelumang dengan leka dan santai? Marilah teman-teman, istiqamahkan diri ke MARDHATILLAH, InsyaAllah.

..........

Ummu Huzaifah : Kebetulan atau Ketentuan?

بسم الله الرحمن الرحيم

Percaya atau tidak, dua sahabat bukan sahaja berkongsi nama malah berkongsi tarikh lahir ibu mereka. Aku, Huzaifah bin Jamaludin dan sahabat, Muhammad Huzaifah bin Abd Rashid mempunyai ibu yang sama tarikh lahir iaitu pada 12 Disember. Betapa hebatnya kuasa Allah s.w.t. yang mempertemukan kami dalam persahabatan dan persaudaraan berlandaskan aqidah Islamiyah.


Sengaja aku kongsikan buat sahabat-sahabat yang selalu menziarahi Hijrah Huzaifah ini kerana begitu terasa betapa BESAR dan AGUNGNYA ALLAH s.w.t. Dua Huzaifah sahaja sudah terasa pertalian ini apatah lagi ibu yang sama tarikh lahir. Adakah ibu yang lahir pada 12 Disember lebih cenderung untuk menamai seorang anak itu dengan 'Huzaifah' ?

Sungguh, setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan padaMu ya Rabb. Huzaifah, nama yang kadangkala disangka nama muslimat dikalangan golongan kurang ilmu sirah kenabian ternyata mempunyai aura yang tersendiri dalam kelompok para Huzaifah. Semoga kita terus memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini insyaAllah... Persiapkan dirimu dengan ilmu, biar tak melimpah, asalkan istiqamah.

...............

Friday, December 12, 2008

Ibumu. Ibumu. Ibumu. Kemudian ayahmu.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. [QS. Al-Isra`: 23]

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.” [HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad]

Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan? QS. az-Zumar (39) : 6


Ibu, sesungguhnya selama ini aku telah banyak berdosa padamu. Aku ini anakmu yang kadangkala lewat dalam menurut arahan dan suruhanmu. Aku ini juga kadangkala degil dan merungut dalam mengikut kehendakmu. Ibu, aku ini anak yang berdosa... Ampunilah dosaku Ibu... setelah dirimu bersabung nyawa melahirkanku dan bermandi peluh membesarkanku... Syurga itu di bawah telapak kakimu Ibu... Izinkan aku melalui pintu itu... Maafkanlah segala kesalahan anakmu ini... Selamat Hari Lahir untukmu Ibuku....

.....

Kerjaya Jururawat Lelaki Kerjaya Mulia

بسم الله الرحمن الرحيم

KOTA BAHARU, 28 Jun (Bernama) -- Kerjaya sebagai jururawat lelaki kini semakin menarik minat golongan itu yang tidak lagi malu berkecimpung dalam bidang yang lebih sinonim dengan kaum wanita.

Pemangku Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr Zaidun Kamari berkata pihaknya menerima respon memberangsangkan daripada pemohon lelaki setiap kali pengambilan baru jururawat dibuka.

"Setiap kali pengambilan baru dibuka, kita terima banyak permohonan dari kaum lelaki untuk berkhidmat sebagai jururawat."

"Pada sesi pengambilan jururawat yang lepas, kita mengambil lima jururawat lelaki dan untuk tahun ini pula, kita menawarkan 10 tempat kepada jururawat lelaki," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara HUSM dengan Kolej Kejururawatan Murni dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).

Kolej Kejururawatan Murni diwakili Ketua Eksekutifnya, Ridwan Shoib manakala KPTM diwakili Dr Ahmad Roslan Johari.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak.

Mengikut perjanjian itu, HUSM bersetuju untuk menjadi tempat latihan praktikal pelajar diploma kejururawatan kedua-dua kolej berkenaan dalam tempoh masa lima tahun.

Pelajar kedua-dua kolej itu juga akan dibenarkan menggunakan peralatan dan kemudahan yang terdapat di HUSM semasa menjalani latihan praktikal mereka di situ. Tempoh latihan klinikal ialah selama 10 minggu bagi setiap pelajar.

HUSM sebelum ini pernah menjalin kerjasama dengan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), UiTM, kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM), Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR) dan Kolej Perubatan Perak (PMC).

-- BERNAMA

Monday, December 08, 2008

AidilAdha Di Kala Titisan Rahmat

بسم الله الرحمن الرحيم



Hari ini, Ahad 10 Zulhijjah 1429 bersamaan
dengan 8 Disember 2008 umat Islam di Kg.Sempang Pantai Merlimau menyambut AidilAdha dalam keadaan titis-titis rahmat yang turun sejak malam tadi tanpa henti. Pagi sebelum menunaikan solat AidilAdha di masjid, Pakcik Din sempat bertanya kepada Atuk, "Tak apakah daging korban kena air hujan, Bah?". "Kita lapah di bawah bumbung, tempat yang kering insyaAllah", balas Atuk. Aku cuma mengangguk-angguk tanda membolehkan jawapan Atuk sambil mengagak-agak luas kawasan yang diperlukan dan membanding kawasan hadapan surau keluarga tempat kami berteduh saat itu.

Aku kira ini adalah antara julung-julung kali AidilAdha tiba di kala hujan tanpa henti dan kami tiba di masjid tepat-tepat waktu Pak Imam baru sahaja mengangkat takbir. Jam di 'dashboard' kereta menunjukkan angka 8 dan 25. "Wah, belum lapan setengah lagi orang dah solat", Pakcik Din pantas meletakkan kereta dan kami segera memasuki saf yang kosong. Selesai solat, kami sambung pula dengan solat sunat jenazah seorang tentera yang terkorban dan seterusnya pulang ke rumah sambil memerhati paras air di parit-parit yang semakin tinggi.

"Hujan reda nanti, Abang pergi ke kedai semalam untuk beli kanvas. Pak Sir minta beli satu lagi." Pesan Pakcik Din kepadaku tika aku tancapkan pandangan pada air di parit tempat lembu ditambat yang juga semakin memenuhi ruang dan mungkin sekali bakal merumitkan proses penyembelihan nanti. "Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam menjalankan ibadah qurban ini", bisik hatiku. Aku terus mencapai komputer bimbit di ruang tamu rumah Mak Bah dan mula menaip...

........

Korban Dalam Kehidupan. Sudahkah Anda?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudahkah dirimu berkorban MASA demi Islam?
Sudahkah dirimu berkorban HARTA demi Islam?
Sudahkah dirimu berkorban TENAGA demi Islam?
Sanggupkah dirimu berkorban NYAWA demi Islam?


dan tiada pengorbanan yang lebih besar dan bermakna melainkan

DEMI ISLAM

Sunday, December 07, 2008

Selamat Menyambut AidilAdha

بسم الله الرحمن الرحيم

MengingatiNya dengan...

Menyebut kalimah Allah yang terindah
Membaca kitab al-Quran yang terlengkap
Menghayati Azan yang termerdu

Mengamalkan solat yang sempurna

Memperbanyakkan berpuasa
Mengikut jejak sunnah Rasulullah s.a.w




"Selamat Menyambut AidilAdha "

dari

Huzaifah Ibnu Jamaludin

....................

Saturday, December 06, 2008

Bila Lelaki Menjadi Dayus?

بسم الله الرحمن الرحيم


'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi


قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.


Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :


من قتل دون أهله فهو شهيد


Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)



Source : Email

Friday, December 05, 2008

Baju Ubuntu Untuk Dijual. RM20 Sahaja!

بسم الله الرحمن الرحيم

Saiz : S, M, L, XL, XXL

Harga : Lengan Pendek = RM20 Lengan Panjang = RM22

Warna : Hitam, Putih

Penghantaran : Poslaju = RM6

COD : LRT Sentul Timur, UniKL Jalan Sultan Ismail

Hubungi : huzaifah@huzaifah.org











.......

Thursday, December 04, 2008

Answer The Questions Tag #2 by Buttercisco

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t. .... Baru sahaja menjawab # Tag 1 sudah dapat # Tag 2. Balas dendam nampaknya Encik Bobo ni. Tapi tak mengapa sebab aku akan jawab juga tag-tag yang diberikan kepada aku. Bak kata Encik Bobo, mengeratkan silaturrahim kan... insyaAllah...

Tag ini berbunyi begini :

RULE #1
People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves.....

RULE #2
Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.

tag ini dari http://www.buttercisco.blogspot.com

Soalan-soalannya :

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
>> Mengkhianati dan Dikhianati itu memang tidak patut ada. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya dan aku akan sentiasa memperbaiki diri aku selagi ada kekurangan, syukran buatmu kerana mengingatkan daku.

2. Do you like tags?
>> Sometimes, but not all the times.

3. If you can have a dream to come true, what would it be?
>> Istiqamah di jalan ALLAH selamanya....

4. Whose butt would you like to kick?
>> Huishh... tak baik tendang-tendang ni.

5. What would you do with a billion dollars?
>> Beli Volkswagen Golf GTI, buat masjid banyak-banyak, sambung belajar lagi dan lagi, derma dan buka perniagaan yang halal lagi herhikmah. Tidak lupa juga simpanan untuk walimah nanti, heheh.

6. Will you fall in love with your bestfriend?
>> Alamak, sahabat karib semuanya muslimin. Takkan nak jadi macam kaum Nabi Luth, na'uzubillah.

7. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
>> Kedua-duanya sekali dan yang penting, mestilah kerana Allah, Tuhan sekelian alam.

8. Are you gorgeous?
>> Huish... yang ini rasanya tidak. Tapi kena tanya sahabat-sahabat di sekeliling lah untuk kepastian, insyaAllah.

9. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
>> Simpan diam-diam. Biarlah, jodoh maut itu kuasa Allah s.w.t.

10. What do you pray each day for your loved one?
>> Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kecil lagi. Ampunilah dosa ahli keluarga kami, dosa saudara-mara kami dan sahabat-sahabat kami. Perkenankanlah taubat kami ya Allah. Kami mohon keredhaan dan kerahmatan dari Mu ya Allah... Sesungguhnya hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkau lah kami memohon pertolongan... Tempatkanlah kami di kalangan hamba-hambaMu yang soleh di dunia dan akhirat... Amiin...

11. What takes you down the fastest?
>> Kehilangan yang dicintai tetapi segera pulih kembali kerana terdapat hikmah disebalik ketentuan Allah s.w.t.

12. How would you see yourself in ten years time?
>> Menjadi seorang anak, suami dan ayah yang mithali dan soleh, seorang pensyarah merangkap pelajar dan ahli perniagaan, seorang pendakwah. Semuanya insyaAllah.

13. Why do you think you are so tensed up..no matter at the office..or at home or in your toilet??
>> Bila dengan seseorang yang faham tapi buat-buat tak faham dan sentiasa mengulangi kesilapan yang sama dengan sengaja.

14. What kind of person do you think the person who tagged you is?
>> Hoho, 'cool' dan 'hot'. Bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan tidak memilih sahabat. Rajin dan rajin sebab sanggup berulang-alik menaiki KTM komuter dari rumah ke kampus.

15. Would you rather be single and rich or married but poor?
>> Kaya dengan ilmu dan amal dan biar mampu menyara keluarga. Kahwin tu sunnah dan tuntutan.

16. Who would you like to see the moment you wake up?
>> Alamak, belum ada lagi. Kalau dah kahwin, insyaAllah 'wife' yang dicintai.

17. What’s the character must have in your partner?
>> Berakhlak mulia, memahami serta insan yang solehah. Kalau lelaki, kira sahabat lah kan, insyaAllah sesiapa pun aku terima sebab setiap insan ada kelemahan masing-masing.

18. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
>> The one i love most, lillahi ta'ala insyaAllah.

19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
>> Sedangkan nabi maafkan umat.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam surah Al-A'raf, ayat 199:
'Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh'

20. Do you prefer being single or having a relationship?
>> Single. Having relationship masa dah hampir-hampir nak walimah nanti insyaAllah.

21. Would you marry you?
>> Soalan ini daku petik dari buku 'Life is an Open Secret', karya Zabrina A. Bakar. Erm... Hendak kah aku berkahwin dengan orang yang 'serupa sikapnya seperti aku'? Mungkin ya dan mungkin tidak... Aku perlu tepuk dada dan tanya iman dalam diri aku. Sekarang ini, mungkin aku belum benar-benar bersedia dan perlu menambahbaik lagi diri ini. Wallahu'alam.

Dan silalah tuan-tuan punya blog ini mengambil tag dari daku dan jawablah semua soalan-soalan di atas. Sekian...

...... Aper-aper jer Ler......

..:: SYarNaZymn™ studios ::..

Dua orang pun cukuplah... sila-silalah wahai sahabat berdua di atas...

Tuesday, December 02, 2008

7 Weird Things About Myself Tag #1 : by SYarNaZymn

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t...

Inilah kali pertama aku dikenakan dengan permainan yang diberi nama 'tag' ini. Bagi aku 'tag' tidak lah wajib diikut dan cuma sekadar suka-suka sahaja asalkan tidak melampaui batas dan melanggar hukum syara'.




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ : ٥:٨٧

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Al-Maidah : 87




Tag yang datang dari SYarNaZymn ini berbunyi begini...

To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

::::::::::::::: Bermulanya 7 Perkara Pelik Tentang Aku :::::::::::::::::::

1. Apabila aku bercakap atau berbual menggunakan telefon bimbit (handphone lah), suara aku tidak kedengaran oleh insan-insan di sekitar biarpun mereka begitu hampir sekali denganku. Kagum dan cemburu dengan teknik menyembunyikan suara tersebut, sahabat-sahabat sering mengajuk-ajuk 'teknik encryption suara' setiap kali aku membuat atau menjawab panggilan telefon.

2. Akulah satu-satunya insan yang berbasikal dari Sentul ke kampus UniKL MIIT dengan jarak 5KM sedangkan rakan-rakan yang lain menunggang motosikal ataupun menaiki tren. Pelik ke?

3.
Berat badan aku tak juga naik-naik walaupun makan dengan banyaknya. Orang kata, kadar metabolisme tinggi. Kalau sekali makan roti canai tu, tiga keping. Nasi lemak pula dua bungkus. Baru siang tadi timbang di Pertama Complex semasa beli buku 'Life is an Open Secret' berat cuma 59kg sahaja.

4. Telefon bimbit aku sudah jarang berbunyi dan ini antara perkara pelik dalam hidup aku sebab selama ini telefon bimbit aku tidak pernah henti-henti berdering. Di kampung pun pakcik-makcik akan mengejek aku yang tidak habis-habis dengan telefon sahaja. Alhamdulillah, satu perubahan positif telah berlaku dalam diri aku dan semoga aku istiqamah di jalan Allah s.w.t.

5. Tiba-tiba sahaja aku menjadi rajin dalam usaha menambahbaik diri sendiri dari segi kerohanian. Pasti sahaja menjadi pelik bagi orang-orang sekitar sebab selama ini aku cumalah insan yang biasa sebiasa orang yang jahil dalam kecerahan. Alhamdulillah aku telah keluar dari kejahilan dan kembali dalam kecerahan yang nyata.

6. Tiba-tiba lagi aku sangat aktif dalam menyertai aktiviti-aktiviti 'outdoor'. Cuti sem ini sahaja aku sudah berkhemah sebanyak tiga kali dan dua daripadanya adalah kem bermotifkan motivasi keislaman. Alhamdulillah lagi kerana hidayah yang dikurniakan olehNya...

7. Yang ini lagi pelik sebab tiba-tiba lagi dan lagi aku rajin pergi kedai buku untuk membeli bahan-bahan bacaan ilmiah. Sebelum ini cuma ke Plaza Low Yat untuk mentelaah barang-barang komputer sahaja dan ke Sunway Pyramid untuk meluncur ais.

::::::::::::::::::::::::::::::

Dan itulah kesekian 7 perkara pelik tentang diri aku... (kot..?)

7 orang bertuah yang nak di tag oleh aku ialah :

Pakcik Mohd. Najib bin Md Punggot
Pakcik Qayyum Dainuri
Pakcik Daus Doublescene
Pakcik Bobo Buttercisco
Makcik Afifah Ramdan
Makcik Nabilah Ab Karim
Makcik Aisyah Ulya



Monday, December 01, 2008

KMK12, Mencorak Generasi Pewaris Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, daku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya, diri ini masih mampu meneruskan coretan digital ini. Pagi ini, masih terngiang-ngiang alunan nasyid "Satu Hati", nasyid tema KMK yang ke 12. Baru sahaja Jumaat yang lalu program bermula, hari ini sudah berada di kampung halaman lagi. Begitu pantas waktu berlalu hinggakan terasa sebak di lubuk hati. Ukhuwah yang baru sahaja ingin berputik di kalangan sahabat-sahabat fasilitator, urusetia dan adik-adik peserta demi menegakkan syi'ar Islam di muka bumi ini tiba-tiba bermetamorfosis menjadi perpisahan.

Dari al-Barraa' bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:

"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah."

(HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)


Kem Minda Kreatif 12, anjuran HALUAN (Wilayah Utara) untuk remaja tingkatan 1-4 berlokasi di Pusat Kokurikulum Pulau Pinang, Bukit Mertajam berjaya dilaksanakan dengan izin Allah s.w.t. Penerapan nilai-nilai ukhuwah, persaudaraan Islam, berfikir secara kreatif dan kritis, kepentingan dakwah dan tarbiyyah, kerjasama dan kepimpinan, serta 'kesatuan hati', menjadi pengisian utama program bagi melahirkan pewaris-pewaris yang bakal mewarisi khazanah rasul.



Semoga Allah akan mengurniakan limpah rahmat dan barakahNya kepada sekelian umat Islam yang bersaudara demi menghidupkan cara hidup Islam yang sebenarnya.

Buat sahabat-sahabat Abu Jihad, Abu Zar, Abu Ubaidah, Malik, Ridha, Hamizan, Saufi, Saufi Rosmi, Umar, Nasri, Ali, Ali Irfan, Faiz, Abang Farid, Mud, Hakim, Yat, Hazwan, Hanif, Pakcik Ghazali dan semua yang tidak saya sebutkan, seribu kemaafan dipohon andai tersalah dan terkasar bahasa. Terima kasih juga atas segala jasa baik kalian. Teruskan perjuangan dalam menuju mardhatillah, insyaAllah. Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal ke akhirat. Allahuakbar!




Tuesday, November 25, 2008

Muat Turun Gambar-gambar LAKIUM 08!

بسم الله الرحمن الرحيم



Gambar-gambar ini telah diambil menggunakan kamera Nikon COOLPIX S200 sejak dari hari pertama LAKIUM 08 sehingga hari perpisahan oleh Huzaifah dan sahabat-sahabat. Gambar-gambar yang dipaparkan di atas adalah sebahagian dari sejumlah 216 gambar. Kesemua gambar boleh dimuat-turun di sini :

http://rapidshare.com/files/167263309/gambar_lakium_huzaifah.org.zip


Resolusi gambar-gambar telah dikurangkan sehingga 1024x768 dan jika anda memerlukan gambar dengan resolusi yang lebih tinggi, sila emelkan kepada saya di huzaifah@huzaifah.org .
Fail 'zip' yang mengandungi gambar-gambar LAKIUM 08 telah dikuncikan dengan kata laluan yang boleh didapati dengan meng'emel'kan kepada saya, nama dan butir ringkas diri anda demi mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Sekiranya terdapat gambar-gambar yang membuatkan anda berasa kurang senang dan sebagainya, sila emel kepada huzaifah@huzaifah.org dan saya di sini memohon seribu kemaafan andai terlanjur bicara dan perbuatan. Semua yang baik itu anugerah dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. Semoga LAKIUM 08 kali itu mempertingkatkan lagi kekuatan iman dan kesungguhan dakwah antara kita disamping mengikat ukhuwah Islamiah sesama kita. Wallahu'alam.




Sunday, November 23, 2008

Mari Sertai Usrah Perkhemahan Santuari Ikan Sungai Chiling

بسم الله الرحمن الرحيم



Usrah C-16-3 Pangsapuri Melur akan mengadakan satu perkhemahan berupa riadhah melihat kebesaran dan keagungan Allah s.w.t, Pencipta seluruh alam ini. Kami mengalu-alukan penyertaan sesiapa sahaja (muslimin) yang berminat. Kelebihan lokasi ialah terdapat air terjun setinggi lebih kurang 10m, ikan-ikan yang jinak dan kawasan perkhemahan yang banyak kemudahan.

Lokasi : Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu
Tarikh : Rabu, 26 November 2008
Pengisian : Tazkirah, 'Jungle Trekking', Berenang, Muhasabah Diri dan sebagainya



Perkhemahan ini terbuka kepada sesiapa sahaja muslimin (lelaki) yang berminat.

Sila hubungi Huzaifah (0173738674) untuk maklumat lanjut dan penyertaan.

Marilah bersama-sama merapatkan silaturrahim di samping melihat dan membesarkan keagungan Allah s.w.t. Allahuakbar!

Friday, November 21, 2008

Resolusi Ringkas LAKIUM 08

بسم الله الرحمن الرحيم




LAKIUM 08 - Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya
Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Pertubuhan Ulama' Malaysia
Bertempat di Pusat Belia Bukit Lagong, Selayang
Pada 18-21 November 2008

Alhamdulillah, pertama-tama sekali aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk meneruskan tinta digital ini. Syukur alhamdulillah juga kerana LAKIUM 08 berjalan dengan lancar walaupun inilah kali pertama setelah sekian lama PMIUM tidak menganjurkan LAKIUM. LAKIUM kali terakhir ialah pada 1979 dan LAKIUM kali ini dikendali oleh generasi-generasi baru yang memang mantap dan terserlah daya kepimpinan mereka untuk mewariskan ilmu kepimpinan yang mereka miliki. Seramai 123 orang muslimat dan 39 orang muslimin yang berjaya menjadi produk LAKIUM 08 ini.

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujuraat: 13)


Walaupun program ini adalah khusus untuk pelajar Universiti Malaya namun penganjur tidak pernah lokek untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar lain ataupun peserta luar kerana terdapat lima sahabat dari luar yang dua daripadanya mahasiswa UNITAR dan KPTM Kota Bharu manakala selebihnya dari UNIKL MIIT. Sudah pasti aku adalah salah seorang dari peserta luar tersebut, alhamdulillah.



Pengisian LAKIUM 08 begitu bermakna dan penuh dengan pengisian ilmiah dan menarik. Ceramah-ceramah dari penceramah yang memang mantap seperti ustaz Hasrizal (SaifulIslam.com) dan ustaz Anwar Ridhwan. Tidak kurang juga di antara urusetia LAKIUM 08 juga terdapat ustaz yang mampu memberikan tazkirah dan kata-kata peransang seperti ustaz Yusri Hafiz dan ustaz Shafie. Bukan itu sahaja malah aktiviti-aktiviti 'Team Building' membina serta mencungkil bakat kepimpinan, merancang strategi dan semangat kerjasama ukhuwah sesama peserta. Bak kata saudara Hadi, 'partisipasi' adalah penting di kalangan peserta bagi menjayakan sesuatu program.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga sangat bermakna dengan topik-topik perbincangan yang diberikan membentuk usrah dalam kumpulan. Biarpun fasilitator-fasilitator dan urusetia kebanyakannya sebaya dan lebih muda dariku namun mereka terdiri dari barisan hebat PMIUM. 'Besar jangan disangka bapa dan kecil jangan disangka anak', pepatah yang paling sesuai dianalogikan untuk mereka. Kagum dengan mereka, menyalakan api semangat dalam jiwa untuk terus menimba ilmu yang tidak seberapa ini.

Latihan Kepimpinan Islam memang tidak lengkap sekiranya cuma diberi persediaan rohani. LAKIUM 08 bukan sahaja mencurah pengisian rohani namun dilengkapi dengan latihan fizikal dan aktiviti jasmani yang menarik. 'Flying Fox' dan 'Wall Climbing' adalah diantara aktiviti yang mampu menguji keberanian dan kekuatan fizikal peserta.

Semoga LAKIUM 08 kali ini mengikat ukhuwah di kalangan sahabat dan sahibah sekalian, insyaAllah. Akan aku kemaskinikan lagi 'entries' mengenai LAKIUM dengan foto-foto yang aku 'cheese' tapi memandangkan kamera teringgal di rumah emak tersayang, terpaksalah niat murni ini ditangguhkan. InsyaAllah, minggu hadapan aku sediakan muat turun bagi sahabat-sahibah semua.

Tuesday, November 18, 2008

Latihan Kepimpinan Islam, Aku Datang!

بسم الله الرحمن الرحيم




Lebih kurang setengah jam sebelum bertolak ke LAKIUM, kem Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya anjuran PMIUM (Persatuan Mahasiswa Islam UM) dan aku masih sempat 'memulun' sebuah 'entry' blog di sini. Kem ini akan berlangsung selama tiga hari dua malam dan selama itu juga aku tidak akan meng'atas-talian'kan (online) diri aku, jadi tiadalah akan dikemaskini tinta digital ini sehinggalah aku selamat kembali dari kem. Buat sahabat dan sahibah, doakan aku dapat meningkatkan lagi diri ini dari semua segi insyaAllah.

Sabda Rasulullah SAW : 'Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak.' -Riwayat oleh Abd. Razak.


Semoga aku mampu mencedok sebanyak-banyak ilmu dan pengalaman dari kem ini. Wassalam...

Monday, November 17, 2008

Moyang Lahirkan Anak Kembar Tiga

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya, moyang yang mempunyai tiga cicit itu selamat melahirkan tiga anak lagi pada jam lebih kurang 5 pagi tadi. Moyang yang dikenali dengan nama 'Nenek' itu adalah kucing belaanku yang sudah bertahun-tahun dalam jagaan keluargaku. Pagi tadi lebih kurang jam 3 aku dikejutkan dengan kehadiran Nenek disebelahku. Ia baring dan tidur betul-betul bersebelahan denganku. Pelik kerana aku sudah menutup pintu bilik sebelum tidur tapi dengan izin Allah s.w.t, telah tiba waktu untuk ia melahirkan anak. Sewaktu aku bangun untuk menunaikan solat subuh, aku lihat kesan darah pada lantai di bawah katil dan alhamdulillah, Nenek selamat melahirkan tiga ekor anak di dalam kotak yang aku sediakan.




وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِنْ دَابَّةٍ آيَاتٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
٤٥:٤
Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini, (Al-Jaathiya:4)
Sebelum ini, Nenek pernah melahirkan sehingga lima ekor anak sekaligus tetapi kali ini hanya tiga ekor. Mungkin kerana ia sudah terlalu tua dan yang pastinya selepas ini kami sekeluarga mengambil langkah untuk memandulkan semua kucing-kucing betina kami yang sudah matang agar bilangan kucing tidak bertambah lagi dalam masa terdekat ini kerana pada hari ini, jumlah semua kucing di rumahku ialah 14 ekor. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan hamba-hambaNya yang pemurah lagi penyayang.

Sunday, November 16, 2008

Tiga Kucing Beranak Serentak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t... Kali ini aku nak berceritera mengenai kucing belaanku. Sekarang ini, jumlah kucing yang dibela adalah 4 ekor dan sebelum ini pernah mencecah sehingga 15 ekor tetapi diberi pada jiran-jiran, lari, mati dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, kucing-kucing aku dah mencecah ke generasi ke-6 kalau tidak silap. Dan baru-baru ini sahaja tiga dari empat ekor kucing tersebut telah bunting. Yang paling menarik sekali ialah, ketiga-tiga ekor kucing tersebut mempunyai tali persaudaraan generasi iaitu, mak-anak-cucu.

Nenek yang sarat buntingNenek yang sarat bunting
Rocofoco yang comelRocofoco dan 3 ekor anak-anaknya

Kucing yang bernama 'Nenek', anaknya 'Antidote dan cucunya 'Rocofoco'. Antidote dan Rocofoco telah selamat beranak pada semalam dan hari ini. Nenek masih lagi mencari tempat strategik bagi melahirkan anaknya. Sekarang, kucing-kucing ini telah sampai ke generasi yang ke-7 dan Nenek sudah menjadi moyang. MasyaAllah... Betapa hebatnya kuasa Allah s.w.t yang menjadikan. Itulah 'kun fayakun'. Semoga kita dikurniakan hati yang pemurah lagi penyayang terhadap makhluk-makhluk Allah s.w.t. .

Friday, November 14, 2008

Islamic Operating System - Ubuntu ME

بسم الله الرحمن الرحيم


Ubuntu Muslim Edition

UbuntuME stands for Ubuntu Muslim Edition. Ubuntu Muslim Edition is a free, open source operating system based on the popular Ubuntu Linux.

What is Linux?

Linux is a free, efficient and secure operating system. Unlike Microsoft Windows and other proprietary systems, Linux is publicly open and extendible by contributors.

What is Ubuntu?

Ubuntu is a popular Linux distribution, designed with the intent of overthrowing Microsoft Windows as the world's most widely-used operating system.

The distro is composed entirely of open source components, which have been heavily modified for easy of use and migration for users familiar with Microsoft Windows, take a look here. The name Ubuntu is derived from the Zulu word for humanity, which has been incorporated into South African culture as “humanity towards others”.

What is Ubuntu Muslim Edition?

Ubuntu Muslim Edition is a set of packages that customizes the Ubuntu distro by installing islamic software (prayer times, Quran study tool, web content filtering tool etc.) and by changing its design.

Why a "Muslim Edition"?

Ubuntu is a great distro, easy to use for a novice user, with the most-used Office, Internet, Graphics and Video applications already installed but we think that for Muslim users it would be great to have “out of the box” Islamic software and tools installed as well.

How do I install UbuntuME?

Follow these instructions.


more informations on http://www.ubuntume.com/


..............................................