Tuesday, December 02, 2008

7 Weird Things About Myself Tag #1 : by SYarNaZymn

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t...

Inilah kali pertama aku dikenakan dengan permainan yang diberi nama 'tag' ini. Bagi aku 'tag' tidak lah wajib diikut dan cuma sekadar suka-suka sahaja asalkan tidak melampaui batas dan melanggar hukum syara'.




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ : ٥:٨٧

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

Al-Maidah : 87




Tag yang datang dari SYarNaZymn ini berbunyi begini...

To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

::::::::::::::: Bermulanya 7 Perkara Pelik Tentang Aku :::::::::::::::::::

1. Apabila aku bercakap atau berbual menggunakan telefon bimbit (handphone lah), suara aku tidak kedengaran oleh insan-insan di sekitar biarpun mereka begitu hampir sekali denganku. Kagum dan cemburu dengan teknik menyembunyikan suara tersebut, sahabat-sahabat sering mengajuk-ajuk 'teknik encryption suara' setiap kali aku membuat atau menjawab panggilan telefon.

2. Akulah satu-satunya insan yang berbasikal dari Sentul ke kampus UniKL MIIT dengan jarak 5KM sedangkan rakan-rakan yang lain menunggang motosikal ataupun menaiki tren. Pelik ke?

3.
Berat badan aku tak juga naik-naik walaupun makan dengan banyaknya. Orang kata, kadar metabolisme tinggi. Kalau sekali makan roti canai tu, tiga keping. Nasi lemak pula dua bungkus. Baru siang tadi timbang di Pertama Complex semasa beli buku 'Life is an Open Secret' berat cuma 59kg sahaja.

4. Telefon bimbit aku sudah jarang berbunyi dan ini antara perkara pelik dalam hidup aku sebab selama ini telefon bimbit aku tidak pernah henti-henti berdering. Di kampung pun pakcik-makcik akan mengejek aku yang tidak habis-habis dengan telefon sahaja. Alhamdulillah, satu perubahan positif telah berlaku dalam diri aku dan semoga aku istiqamah di jalan Allah s.w.t.

5. Tiba-tiba sahaja aku menjadi rajin dalam usaha menambahbaik diri sendiri dari segi kerohanian. Pasti sahaja menjadi pelik bagi orang-orang sekitar sebab selama ini aku cumalah insan yang biasa sebiasa orang yang jahil dalam kecerahan. Alhamdulillah aku telah keluar dari kejahilan dan kembali dalam kecerahan yang nyata.

6. Tiba-tiba lagi aku sangat aktif dalam menyertai aktiviti-aktiviti 'outdoor'. Cuti sem ini sahaja aku sudah berkhemah sebanyak tiga kali dan dua daripadanya adalah kem bermotifkan motivasi keislaman. Alhamdulillah lagi kerana hidayah yang dikurniakan olehNya...

7. Yang ini lagi pelik sebab tiba-tiba lagi dan lagi aku rajin pergi kedai buku untuk membeli bahan-bahan bacaan ilmiah. Sebelum ini cuma ke Plaza Low Yat untuk mentelaah barang-barang komputer sahaja dan ke Sunway Pyramid untuk meluncur ais.

::::::::::::::::::::::::::::::

Dan itulah kesekian 7 perkara pelik tentang diri aku... (kot..?)

7 orang bertuah yang nak di tag oleh aku ialah :

Pakcik Mohd. Najib bin Md Punggot
Pakcik Qayyum Dainuri
Pakcik Daus Doublescene
Pakcik Bobo Buttercisco
Makcik Afifah Ramdan
Makcik Nabilah Ab Karim
Makcik Aisyah Ulya



4 comments:

  1. eh..ni pehal lak tetibo den kono tagged ni??..aduss..fes time kena..ingat malas nak layan menda2 camni.tapi nampak cam best..cube ajela..huhu...

    ReplyDelete