Sunday, January 18, 2009

Kemenangan Di Kuala Terengganu

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedang aku menjamah selera bersama Hamzah, teman serumah sewa, Mak dan Nenek ku di rumah, Ayahku tiba-tiba menjengah dari ruang tamu depan sejurus keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu diumumkan. "Pas menang di Kuala Terengganu", bicara ayahku sambil menguntum senyum. Mana tidaknya, wakil Pas kali ini ialah salah seorang sahabat perjuangannya yang sama-sama menuntut di UPM dahulu. "Alhamdulillah, Wahid tu memang baik orangnya" tambah Mak. "Mustajab, doa orang yang betul-betul mencari redha Allah..." tambah Nenek pula.

Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.

Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi.

Pilihan rakyat Terengganu memang aku kira bijak dan tepat kerana rekod bersih Mohd Abdul Wahid Endut memaparkan kejujuran dan dedikasi beliau terhadap rakyat. Sudah menjadi yang sepatutnya bagi kita rakyat untuk mengundi dan menentukan pemimpin yang terbaik untuk semua. Bukan sekadar melihat pada parti politik terbabit tetapi memastikan jua individu calon tersebut kerana, sekiranya calon tersebut benar-benar ikhlas dan mengikut agama Islam, tidak kira di parti manakah dia, pasti mampu bersatu dan mewujudkan kerajaan yang bersih. Kerana itu "ISLAM ADALAH CARA HIDUP". Merangkumi setiap aspek kehidupan tanpa meninggalkan sedikitpun. Mari wujudkan negara Islam yang bukan sekadar pada namanya.... insyaAllah...

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. pas menang lgi.. tpi harian metro x keluar lg berita ttg 2 hari ni..

    ReplyDelete