بسم الله الرحمن الرحيم
Pulang sudah aku ke kampung halaman setelah hampir sebulan tidak bertemu Mak tersayang. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku untuk pulang ke rumah Mak setiap minggu atau paling tidak dua minggu sekali. Namun semester kali ini agak padat dengan projek, kerja kursus, ujian, kuiz dan peperiksaan memaksa aku untuk tidak pulang ke taman yang tersulam ketenangan dan sejuta kenangan. Alhamdulillah, cuti pertengahan semester ini sudah aku tempah khas untuk pulang dan pasti aku luangkan bersama Mak yang kesunyian menempuh hari-harinya dan cuma ditemani oleh adik lelakiku. Ewan, sedang menuntut di Giat Mara berdekatan sambil menunggu keputusan SPM yang bakal keluar tidak lama lagi dan selamat berjaya aku ucapkan.
Petang semalam ketika memandu pulang, tidak tahu ke mana fikiran melayang. Sedang aku asyik memandang ke arah sebuah Nissan Frontier yang sedang di selenggara untuk kerja-kerja penarikan tanpa aku sedari sebuah kereta berada di hadapan dengan kelajuan siput yang sedang berlari. Serta-merta aku memijak pedal brek namun keadaan jalan yang licin ketika hujan itu membuatkan brek tidak berfungsi dengan baik. Inersia menolak kereta aku dan terus meluncur biarpun tayar sudah dicengkam kemas. Walaubagaimanapun dengan jarak lebih kurang sejengkal sahaja, kereta aku berhenti jua setelah meluncur di jalan yang basah. Alhamdulillah, syukur kerana tidak terjadi apa-apa dan lidahku tidak henti-henti beristighfar sambil semua mata di situ tertumpu pada kereta aku yang begitu menarik perhatian bunyi breknya.

Apabila ku kenang-kenang kembali... kenapa? Mungkin sekali kerana kasih yang bakal pergi dari hidupku... Kasih yang sudah lama bertapak dalam lubuk kalbu merah kecilku. Patutkah aku biarkan ianya berlalu pergi? Atau patutkah aku menghilangkan diri dari keazaman diriku? CEKAL? Diri perlu lebih tabah dan cekal. Mungkin. Atau mungkinkah kerana sinar keimanan diri yang semakin menghilang dek kerakusan nafsu dan bisikan-bisikan jahat bertanduk yang sentiasa menolak aku ke lembah durjana.
Ahh... perlu aku bekalkan kembali kekuatan diri. Pasti aku tunggu sehingga panggilan Ilahi menyeru untuk dibangkitkan nanti. Iman dan Taqwa menjadi bekalan setiap masa untuk pemuda-pemuda yang beriman. Tapi aku? Dunia ini begitu banyak pancarobanya dan tiadalah beriman seseorang itu jika tidak diuji oleh Allah S.W.T. . Ya Allah, kurniakan hambaMu yang hina ini dengan kekuatan iman dan taqwa agar diri ini tidak terus hanyut dengan bisikan nafsu dan syaitan durjana... Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat...
Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka". QS. az-Zumar (39) : 8
Ahh... perlu aku bekalkan kembali kekuatan diri. Pasti aku tunggu sehingga panggilan Ilahi menyeru untuk dibangkitkan nanti. Iman dan Taqwa menjadi bekalan setiap masa untuk pemuda-pemuda yang beriman. Tapi aku? Dunia ini begitu banyak pancarobanya dan tiadalah beriman seseorang itu jika tidak diuji oleh Allah S.W.T. . Ya Allah, kurniakan hambaMu yang hina ini dengan kekuatan iman dan taqwa agar diri ini tidak terus hanyut dengan bisikan nafsu dan syaitan durjana... Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat...
............

1 komentar:
seronok nyer dapat balik..
Catat Ulasan