Thursday, August 26, 2010

CINTA yang MEMBUNUH

بسم الله الرحمن الرحيم


video

Hayatilah hasil perkongsian yang menyayat kalbu ini oleh saudara Omar Abdul Aziz dan juga Dr. Lo'lo', ahli parlimen Titiwangsa.

Tuesday, August 24, 2010

Helikopter Boleh Lipat?

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum. Kau orang pernah tengok helikopter yang boleh dilipat untuk dimasukkan dalam kontena? Haa... Yang ini jarang jumpa punya helikopter. Aku jumpa pun masa tengah buat research pasal FYP aku. Aku jumpa kat sini http://www.gizmag.com/two-seater-hummel-helicopter-concept-folds-up-for-easy-storage/11586/ . Helikopter yang diberi nama Hummel ini mempunyai dua kipas tertutup dengan muatan dua orang. Mempunyai kestabilan yang sama dengan helikopter konvensional yang lain, Hummel lebih unik dengan fungsi boleh lipat untuk memudahkan ianya disimpan bagi tujuan pengangkutan. Jom layan gambar-gambar berikut.

Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan Dua Zaman

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramadan
Satu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbeza


Ramadhan mereka
Gemilang cemerlang, mukmin berjasa
Di awal zaman


Ramadhan kami, malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman


Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergiannmu


Malam mereka meriah disimbah Nur Al-Quran
Tapi malam kami pulang bertemu dengkur


Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami, lesu diburu nafsu


Hati mereka,bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa


Takbir mereka, takbir kemenangan
hadiah mujahadah..sebulan Ramadan
Takbir kami, lesu tak bermaya
adakala lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga








Artis: Nazrey (Raihan) & In-Team / The Zikr
Lagu/Lirik: Ramadan Dua Zaman

Saturday, August 14, 2010

Vancouver BC, Canada - Part 3

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum. I have so many things to share but too lazy to spill it here. So this time, let just all the photos do the talking. Enjoy!


Monday, August 09, 2010

Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum. Ramadhan Al-Mubarak is just around the corner. So, what are we waiting for? (of course we wait for 1st day of Ramadhan) Get all your gears and be prepared! Lets wear out the holy month with all our amal!!





Sunday, August 08, 2010

Dalam Kereta

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum. Percaya atau tidak, aku sedang menaip entry ini dalam kereta. Kat tepi jalan bersebelahan Hentian Bas Putra. Bukan kerana sesuatu yang penting untuk diblog dan bukan juga kerana kecemasan. Tetapi hanyalah kerana menunggu adik aku yang tengah beli tiket bas untuk dia balik ke Kota Bharu malam ini. Pinjam sekejap laptop ASUS yang dia guna tadi sementara dia selesai beli tiket. Jalan Kuching ni boleh tahan sesak jugak walaupun hari ini Ahad, cuti yang sememangnya menjadi pilihan ramai untuk sekadar bersantai kat rumah sahaja. Apa-apa pun, yang penting kita buat sesuatu yang berfaedah untuk diri kita, keluarga, masyarakat dan agama.

Wallahu'alam.

Saturday, August 07, 2010

Penat. Letih . Lelah

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum. Kau orang pernah rasa kosong? pernah rasa diri ni kurang sekurang-kurangnya? pernah rasa bersalah yang teramat sangat serta terlalu berdosa? Aku baru balik dari konvokesyen ayah aku kat UKM dan rasa yang macam tu menyelinap kat segenap rongga-rongga tulang belulang aku yang tak berapa nak berisi. Hari ni bukanlah hari aku sebab hari ini hari Sabtu. Cerita aku panjang tapi dipendekkan cerita, aku dah sampai tahap 'cukup'. Cukup dengan apa yang aku lalui. Aku malas nak layan perkara-perkara yang aku rasa kalau dilayan, memang takkan habis biarpun sampai kiamat. Dosa dan pahala, Allah je yang tahu di manakah kita. Ramai orang berbicara nak masuk syurga dan tak nak masuk neraka. Ada jugak yang tak kisah masuk neraka, kononnya sanggup berkorban untuk orang lain biarpun diri masuk neraka. Persoalannya, tau ke dia orang neraka tu macam mana rupanya? Dah kuat sangat nak masuk neraka? Ahh... jom kita sama-sama insaf, taubat. Mungkin jugak kita rasa kita dah cukup baik, dah boleh masuk syurga. Kat mana nak tengok bacaan 'meter' pahala kita yang dah cukup untuk masuk syurga Allah? tepuk dada tanya iman. Solat jom.

Wallahu'alam...

Terima Kasih

بسم الله الرحمن الرحيم


Terima kasih untuk apa-apa sahaja. Nice move. Terima kasih.

Thursday, August 05, 2010

Fraser's Hill

بسم الله الرحمن الرحيم


Bersempena dengan Downhill & MTB King of Fraser's Hill 2010, aku dan rakan-rakan telah ke sana pada Sabtu yang lalu. Biarkan foto-foto berbicara kali ini.