Saturday, October 30, 2010

"Life Is Wonderful"

بسم الله الرحمن الرحيم



"Life is Wonderful" by =iNeedChemicalX of deviantART

Baru tiba dari Kuala Lumpur. Pintu yang baru dicat oleh En. Sulaiman agak tidak begitu memberansangkan. Boleh aku masuk melalui pintu yang lain? Okeh. Straight to the point. Aku ketuk pintu bilik akak, aku luahkan perasaan ketidakpuasan hati terhadap pintu yang telah dicat baru. Akak cakap, Baba juga mempunyai persepsi yang sama. Akak pergi siapkan sarapan untuk kami. Aku pakai Acer TimeLineX akak untuk buat transaksi pembayaran bil telefon aku yang baru sahaja disekat. Selesai, aku pun terus menghubungi DiGi Helpline untuk membuka sekatan. Malangnya, "Semua pegawai pelanggan mesra kami sedang sibuk. Sila tekan 1 untuk terus menunggu dan tekan 2 untuk kami hubungi semula dalam masa 6 minit".


Wahh... sudah berkemajuan. Tekan 2. "Terima kasih kerana menghubungi DiGi. Kami akan hubungi anda semula dalam masa 6 minit." Memang sejuk (cool). Dulu, DiGi akan suruh kita gunakan alternatif lain seperti fax, email dan juga datang sendiri ke pusat DiGi. Mengarut. Kita hubungi DiGi melalui telefon sudah tentu kerana awal-awal lagi telah menolak semua alternatif tersebut. Telefon mudah alihlah yang paling mudah. Tahniah DiGi kerana telah menambahbaik servis kalian. Eh.. Masih belum sampai kepada titik asal tajuk penulisan aku. Laptop akak aku terpasang lagu Jason Mraz - Life Is Wonderful. Memang menarik dan juga lirik yang sangat bermakna. Berkenaan dengan sunnatullah dunia. Yang baik kita dengar dan jadikan teladan, yang buruk kita tinggalkan dan jadikan sempadan. InsyaAllah.


Life Is Wonderful

It takes a crane to build a crane
It takes two floors to make a story
It takes an egg to make a hen
It takes a hen to make an egg
There is no end to what I'm saying

It takes a thought to make a word
And it takes some words to make an action
And it takes some work to make it work
It takes some good to make it hurt
It takes some bad for satisfaction

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la life is wonderful
Ah la la la la la

It takes a night to make it dawn
And it takes a day to make you young brother
And it takes some old to make you young
It takes some cold to know the sun
It takes the one to have the other

And it takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
And it takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la

It takes some silence to make sound
And it takes a lost before you found it
And it takes a road to go nowhere
It takes a toll to show you care
It takes a hole to see a mountain

Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la la life is full of
Ah la la la la la life is so full of love
Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la life is full of
Ah la la la la la life is so full of love






* Dah berlalu 6 minit namun panggilan dari DiGi masih tak kunjung tiba, Mungkin sistem masih baru, bermasalah lagi. Tarik balik tahniah tadi. Tingkatkan usaha.


Life is Wonderful. Be Grateful.


Wallahu'alam.

Friday, October 29, 2010

CRAZY SALES atau Jualan Gila di Cytron! Hari Ini Sahaja!

بسم الله الرحمن الرحيم


Bersempena dengan hari ulangtahun yang ke-6, Cytron Technologies mengadakan jualan gila di mana semua produk akan mendapat diskaun sebanyak 50%! Namun begitu, peluang baik ini hanya terhad sehingga jam 12 tengah malam ini sahaja. Kepada semua rakan-rakan dan pembaca yang perlukan barangan elektonik dan robotik, lawati Cytron dengan kadar segera.




Thursday, October 28, 2010

Who Says Your WiFi is Secure? Firesheep Said No.

بسم الله الرحمن الرحيم


Ohh, tajuknya berbahasa Inggeris namun perinciannya akan aku karangkan dalam bahasa ibunda kita, bahasa Malaysia. Lagipun bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan walaupun cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tajuk kali ini agak hangat iaitu berkenaan dengan keselamatan informasi anda ketika melayari internet dengan menggunakan talian tanpa wayar.

Dari pengamatan selama aku berkecimpung dalam dunia digital sejak tahun 1998, kebanyakkan kita tidak tahu menahu tentang keselamatan dalaman talian tanpa wayar atau lebih dikenali sebagai WiFi. Kita merasakan bahawa talian itu sudah cukup selamat kerana perlu memasukkan kata kunci untuk menyambung ke jaringan. Tetapi hakikatnya anda salah kerana sesiapa jua boleh mengakses maklumat kita yang tidak diencrypt di internet.

Sebagai contoh terbaik, ketika anda memasukkan id pengguna dan juga kata laluan di Facebook, maklumat tersebut diencrypt oleh Facebook, walaubagaimanapun sesi anda selepas anda berjaya mengakses akaun anda tidaklah diencrypt. Ini telah dibuktikan oleh seorang pembangun aplikasi web yang telah mereka sebuah aplikasi tambahan Firefox yang dipanggil Firesheep, mampu merembat segala maklumat yang terkandung di talian tanpa wayar hanya dengan beberapa klik sahaja!



Bayangkan, semua maklumat anda diketahui oleh pihak ketiga yang tidak anda ketahui siapakah gerangannya. Sekiranya anda masuk ke laman sosial Facebook, dia pun masuk sekali. Sekiranya anda masuk ke Maybank2u pula, dia pun turut ikut masuk sekali. Sudahnya? Anda fikir-fikirkanlah sebelum menggunakan talian tanpa wayar. Pastikan keselamatan maklumat anda terjamin.

*encryption - proses merahsiakan sesuatu maklumat dengan algoritma tertentu.

Wallahu'alam.

Wednesday, October 27, 2010

Anisoptera MAV

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT. Sekian lama aku menunggu untuk bercerita mengenai projek akhir tahun Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang baru sahaja aku bentangkan minggu lalu. Baru sekarang dapat aku isikan peluang ini dengan projek yang bertajuk The Development of Anisoptera MAV. Projek ini asalnya aku cadangkan ketika aku membuat projek diploma kira-kira empat tahun yang sudah namun ditolak atas sebab keselamatan.

Anisoptera yang dipetik dari nama saintifik pepatung atau nama orang putihnya dragonfly melambangkan jentera kecil yang mampu terbang dengan bebas. MAV pula adalah singkatan bagi Micro Air Vehicle. Info lebih lanjut mengenai MAV di sini. Lebih kurang sedikit dan sebanyak itulah projek yang akan aku bangunkan.


Notre Dame MAV ; Rekabentuk Anisoptera MAV lebih kurang begini. Rekabentuk sebenar adalah dirahsiakan.


Dengan usahasama syarikat jentera udara tanpa pemandu tempatan (nama dirahsiakan atas sebab keselamatan) aku bangunkan projek ini dengan kos lebih kurang RM30,000 dan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut. Alhamdulillah dan jutaan terima kasih buat syarikat yang sudi menerima aku dengan seadanya.

Anisoptera MAV adalah sebuah jentera terbang yang mampu terbang dengan sendiri tanpa pemandu dan dilengkapi dengan kamera video. Mempunyai kebolehan untuk naik dan turun secara menegak atau lebih gahnya dipanggil VTOL serta kemampuan untuk terbang secara melintang (horizontal flying). Pendek kata, ianya mempunyai kebolehan seperti campuran kapal terbang dan juga helikopter.

Dengan adanya jentera ini, badan keselamatan negara dan penyelamat boleh maju selangkah ke hadapan sekaligus memudahkan kerja-kerja menyelamat dan pemantauan dilakukan. Semoga aku mampu menjayakan projek ini dalam lingkungan waktu yang ditetapkan insyaAllah.

Tuesday, October 26, 2010

T-Shirt Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat!

بسم الله الرحمن الرحيم


Bersempena dengan perasmian versi teristimewa Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat, blog Melayubuntu telah membuka tempahan bagi tiga jenis rekacorak t-shirt. Memang sangat cun dan patut dimiliki. Kepada yang berminat, boleh lawati blog Melayubuntu di http://melayubuntu.blogspot.com









Setiap helai hanya berharga RM35! Dapatkan sekarang di blog Melayubuntu!

Monday, October 25, 2010

Matlamat Hidup Dan Peperiksaan

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT terlebih dahulu aku ucapkan buat semua pembaca yang dimuliakan. Kali ini aku nak berbicara tentang apakah matlamat kita semua hidup di dunia ini dan lebih khusus kepada peperiksaan memandangkan peperiksaan akhir semester sudah semakin hampir bagi semua pelajar seluruh negara.

Memetik sumber tazkirah saudara Hilal Asyraf di blognya Langit Ilahi yang baru-baru ini juga berkongsi berkenaan peperiksaan. Beliau mengaitkan kepentingan peperiksaan dalam kehidupan dan tanggungjawab kita semua sebagai muslim di bumi Allah ini. Aku sangat suka dengan penulisan Hilal mengenai konteks peperiksaan ini kerana setelah lebih kurang 7 tahun berada di IPT tempatan (3 tahun diploma + 4 tahun sarjana muda) sedikit sebanyak dapat dilihat bagaimana pelajar-pelajar kita khasnya Melayu Islam dalam pelajaran.

Aku yang sekarang di tahun akhir terkadang berasa sedih dan kecewa dengan sikap segelintir pelajar Melayu Islam ketika menuntut ilmu. Bukan segelintir malah lebih lagi. Contoh yang paling hampir ialah bila bercakap mengenai pointer atau markah, ramai yang akan meluahkan rasa ketidakpentingan seperti bila ditanya

"Kenapa tidak belajar bersungguh-sungguh untuk skor dalam peperiksaan?"

Majoriti yang bersikap acuh tak acuh dalam pelajaran akan menjawab

"Buat apa nak skor? buat apa nak dapat pointer tinggi-tinggi? cukuplah sekadar lulus dan dapat ijazah. Skor tinggi-tinggi ni duniawi semuanya."

Begitu rata-rata jawapan yang diterima.

Bukan sekadar ketika menduduki peperiksaan, begitu juga ketika membuat kerja-kerja yang diamanahkan oleh pensyarah. Semuanya bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Di manakah sikap bersungguh-sungguh kita? Sampai bila Melayu Islam akan begini? Sampai bila kita hanya mahu berada di takuk yang sama?

Menuntut ilmu adalah wajib. Ianya adalah amanah Allah. Maka dengan itu, kita patut bersungguh-sungguh dan menunjukkan yang terbaik dalam setiap perkara agar kita akan lebih maju di dunia dan di akhirat. Kesedaran amat penting dalam perkara ini. Kebanyakkan kita tiada kesedaran dalam banyak perkara di dunia ini. Di situlah datangnya matlamat hidup. Apakah matlamat hidup kita? Sekadar cukup-cukup makan sahaja?

Marilah kita sama-sama mengubah hala tuju kita demi mencapai yang terbaik di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kita tidak akan berubah sekiranya kita sendiri tidak mengubah diri kita ke arah yang lebih baik.

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang maksudnya “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.

Kepada yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi, aku ucapkan selamat berusaha dan selamat menjawab. Semoga Allah memberkati usaha kalian.

Saturday, October 23, 2010

Hanyut

بسم الله الرحمن الرحيم

Hanyut

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku


Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa


Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku


Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu


Ulang Chorus


Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka


Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


Faizal Tahir - Hanyut



Friday, October 22, 2010

Bila...

بسم الله الرحمن الرحيم


Bila Tuhan sudah bertitah,
Tunaikanlah segala perintah.

Bila seruan azan dialunkan,
Bangkitlah solat jangan dilengahkan.

Bila rezeki melimpah ruah,
Bersyukur dan bersujudlah.

Bila nafsu datang mengganggu,
Ingatlah Allah pelindungMu.

Bila tumbuh rasa amarah,
Ambillah wudhu' beristighfarlah.

Bila musibah bertimpa-timpa,
Sekadar ujian buat hambaNya.

Sekadar nukilan buat teman-teman...

Thursday, October 21, 2010

Nikmat Tidur

بسم الله الرحمن الرحيم






Assalamualaikum WBT semua =) . Jika ditatap pada tajuk kali ini dengan sekilas pandang, sudah tentu ramai yang bertanya sendirian "Tidur itu dah sememangnya sangat nikmat!, apa yang nak dikecohkan lagi?". Apa yang hendak aku kongsikan di sini ialah bukan mengenai tidur itu nikmat dengan erti kata "syoknya tidur" tetapi lebih menjurus kepada salah satu nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita, hambaNya.

Baru-baru ini aku tersangatlah sibuk dengan jadual yang sangat padat, kerja-kerja yang bertimbun sehinggakan tiada masa langsung untuk diri sendiri dan pada waktu inilah sangat aku rasakan, nikmat tidur itu bagaikan telah ditarik oleh Allah SWT. Memandangkan segala kerja perlu disiapkan secepat mungkin, terutamanya pembentangan projek akhir tahun dan juga projek freelance mengenai Tower of London yang telah diamanahkan kepadaku. Maka, dengan itu juga tidak dapat aku kemaskinikan blogku sehingga ke hari ini.

Cuba kita renungkan setiap perkara dan setiap kejadian yang Allah ciptakan di dunia ini. Setiap perkara itu pastilah diciptakan Allah dengan tujuan samada disebut dalam Al-Quran mahupun hanya diketahui olehNya.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Qasas :
Daripada rahmat-Nya, (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur.
Setelah lebih kurang 2 hari tanpa tidur, aku berasa amat letih dan mengantuk. Dalam kuliah pun bagaikan berada di awangan. Begitulah kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah SWT. Tenaga yang terhad perlu dijana semula dengan rehat. Itulah fungsi tidur, sunnatullah bagi menjana tenaga yang telah kehabisan.

Dan makanya, kita tahu apakah fungsi tidur dan mengapakah dijadikan malam dan siang serta lain-lain perkara di dunia ini. Semuanya tidak terjadi secara kebetulan seperti yang diwar-warkan oleh kaum yang tidak mahu mengaku adanya Allah. Tidak mahu mengaku mereka itu hambaNya. Marilah kita menjadi hamba. Apakah fungsi kita sebagai manusia di muka bumi ini?
Kenapakah kita dijadikan oleh Allah SWT?

Allah swt berfirman, “TidakKu jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Az-Zariyat-Ayat 56).

Wallahu'alam.

Saturday, October 16, 2010

Sampah Itu Tak Meletup Pun. Janganlah dibuang merata-rata!

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT buat pembaca yang aku muliakan. Aku nak kongsikan satu pengalaman yang seringkali juga mendatangi aku sebelum aku bergegas ke walimatul urus seorang sahabat bernama Dzun Nurain dan juga suaminya Mohd. Asyraf, tahniah buat kalian semoga cinta dan kasih yang dibina kerana Allah itu diberkati dan dirahmati sentiasa.



Malam tadi, sewaktu aku dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Kubu Bharu aku singgah sebentar di Petronas RnR Ayer Keroh untuk membeli makanan dan minuman. Ketika aku betul-betul baru sahaja hendak menghidupkan enjin kereta untuk menyambung perjalanan, seorang lelaki melayu melintasi bahagian hadapan kereta aku. Barangkali baru sahaja selesai ke tandas. Sambil berjalan dia mengeluarkan sekotak rokok dari kocek seluar lalu mengambil sebatang rokok pula dari kotak itu. Selepas itu dia mencampakkan kotak rokok tersebut dengan sewenang-wenangnya. Tanpa rasa bersalah, dia terus berlalu pergi.

Aku yang menjadi saksi serta-merta membuka tingkap kereta dan menyapa lelaki tersebut. "Bang, abang terjatuhkan kotak rokok kat situ", aku buat-buat bertanya dengan harapan dia memahami maksud tersirat disebalik soalanku itu. Dia menoleh dan menjawab "Oh, kosong. Kotak kosong." Tahu pula kotak kosong. Kenapa tidak dibuang ke dalam tong sampah kalau dah tahu kosong. Aku pun berkata "Kalau kosong, abang buang la dalam tong sampah. Terima kasih." Dia bagi satu pertanyaan yang aku rasa kanak-kanak pun takkan tanya. "Apsal?". Ada ke boleh tanya apsal? Dah memang tempat sampah tu di tong sampah. Sekeliling Petronas kan banyak tong sampah. Takkan tak boleh tunggu sebentar untuk buang sampah itu ke tempat yang sepatutnya. Sampah itu bukan bom tangan yang akan meletup dalam masa 3 saat jika tak dibuang segera. Tak salah pun buang di tong sampah. Tak susah juga. Aku terus jawab soalan dia dengan jawapan yang poyo aku rasakan, "Sayangilah Malaysia kita!" Sambil aku tunjukkan ibu jari tanda 'bagus' kepadanya. Dia lantas mengutip semula kotak tersebut dan berlalu pergi dengan wajah yang tak berapa nak puas hati. Mungkin sebab ditegur oleh orang muda agaknya.

Bilalah agaknya baru mentaliti majoriti rakyat Malaysia akan berhijrah ke arah kesedaran yang lebih baik. Ketika aku ke Vancouver tak lama dulu, ada seorang wanita yang membawa anjingnya bersiar-siar sambil memegang sehelai plastik di tangan. Aku lihat lagak anjingnya yang mencari-cari tempat untuk melepaskan hajat. Sebaik sahaja anjingnya berbuat demikian, serta-merta dia mengutip najis anjing tersebut dengan plastik yang dipegangnya lantas membuang plastik itu ke dalam tong sampah. ON THE SPOT! Aku sangat kagum dengan kesedaran sivik rakyat Kanada. Vancouver memang satu tempat yang menarik lagi bersih.

Ayuhlah rakyat Malaysia yang majoritinya berbangsa Melayu lagikan beragama Islam. Bukankan Islam mengajar kita untuk menjaga kebersihan?

Berikut diantara hadis-hadis yang menekankan tentang penjagaan kebersihan oleh Rasulullah S.A.W. :

Hadits 1

image


Ertinya : “Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”

Hadits 2

image


Ertinya : “Diriwayatkan dari Malik Al Asy’ari dia berkata, Rasulullah saw. bersabda : Kebersihan adalah sebagian dari iman dan bacaan hamdalah dapat memenuhi mizan (timbangan), dan bacaan subhanallahi walhamdulillah memenuhi kolong langit dan bumi, dan shalat adalah cahaya dan shadaqah adalah pelita, dan sabar adalah sinar, dan Al Quran adalah pedoman bagimu.” (HR. Muslim)”

Hadits 3

image


Ertinya : “Diriwayatkan Abu Hurairah r.a. dia berkata : Rasulullah saw bersabda : Jika aku tidak menjadikan berat umatku, maka sungguh aku perintahkan bersiwak (menggosok gigi) setiap hendak solat”. (HR Bukhari)




Mari kita berhijrah! Hijrahlah!

Friday, October 15, 2010

OMG! Ubuntu!

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum semua pembaca setia yang dikasihi lagi disayangi. Hari ini aku nak kongsikan bersama anda semua tentang sebuah laman blog berkenaan Ubuntu yang sangat aktif lagi menarik dan tertarik kau memang THE BOMB!. Laman blog tersebut ialah OMG! Ubuntu!.



Mengikut filsafat pendapat aku, susun atur dan rekabentuk OMG! Ubuntu! agak ringkas tetapi begitu menarik. Lihat saja pada tema yang digunakan sepadan dan secocok dengan tema warna Ubuntu kini. Sokongan dan ton warna yang mampu memukau sesiapa sahaja yang melawati laman tersebut.



Bukan sekadar indah khabar dari rupa, ia juga terisi dengan info-info berguna mengenai penggunaan Ubuntu setiap hari. Sekiranya anda bukan seorang pengguna Ubuntu, anda boleh mula berjinak dengannya dan segala yang anda perlukan boleh didapati di OMG! Ubuntu!.

Wallahu'alam.

Thursday, October 14, 2010

Alienware M11x Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum. Okeh. Aku telah pun mula menggunakan Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat setelah meng'install' ke dalam Alienware M11x dua hari lalu melalui Wubi. Setakat ini, aku baru mencuba lebih kurang kerana tidak berkesempatan untuk mencuba dengan lebih lagi.

Masalah pertama yang aku hadapi ialah, pemandu (driver) kad wireless network Alienware M11x iaitu dengan cip Broadcom BCM 43224 tidak di'install' 'out of the box'. Ini kerana Ubuntu tidak dapat memasukkan driver tersebut dikhuatiri akan melanggar hak pengeluaran yang tidak diberi kepada Ubuntu. Maka, perlulah aku dan sesiapa sahaja yang menggunakan kad wireless jenis ini untuk menginstall secara manual dari menu System > Administration > Additional Drivers (Sila guna kabel untuk sambungan internet sementara wireless masih belum boleh diguna).




Antara kumbang-kumbang (bugs) yang aku dapati ialah apabila Ubuntu memaparkan skrin authentication dengan perlunya user memasukkan password, tidaklah boleh dengan hanya menekan kekunci 'Enter' kerana ini akan mengakibatkan tetingkap authentication itu akan statik di situ sahaja melainkan anda klik kanan pada taskbar dan tutup secara paksa (force exit).

Antara lain, aku terjumpa LibreOffice dari The Document Foundation, dahulunya OpenOffice yang telah dibeli oleh ORACLE. Aku tengah lagi memuat turun installer LibreOffice, jadi terpaksalah aku menunggu termasuklah anda semua. Nantikan pandangan guna uji LibreOffice dalam perkongsian yang seterusnya insyaAllah.

Tuesday, October 12, 2010

Akhirnya, Dia Datang! Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat!

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum. Maverick Meerkat telah dilancarkan secara rasminya dua hari lalu namun cuma masa ini sahaja yang terluang untuk aku kongsikan kepada pembaca sekalian. Secara jujurnya, aku masih belum lagi memuat turun Ubuntu 10.10 dan sedang memuat turun sebenarnya. Baru sahaja tiba di rumah dan terus menghantar kakak ke hospital atas kemalangan kecil yang tidak diduga. Memang nampaknya agak menarik versi Ubuntu kali ini, mungkin disebabkan ianya versi 10.10 dan dilancarkan pada 10.10.2010. Baiklah, sampai sini dahulu dan aku akan kemaskini sekaligus berkongsi tentang Ubuntu 10.10 sebaik sahaja aku selesai mencubanya (sudah tentu sekiranya aku mempunyai masa lapang).

Wallahu'alam.

Saturday, October 09, 2010

7-Zip Theme Manager Kini Dengan 64-Bit!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. Kali ini aku nak kongsikan dengan pembaca semua berkenaan dengan 7-Zip Theme Manager, sebuah perisian yang mampu merubah wajah duka 7-Zip menjadi lebih ceria dan membuatkan anda semua pasti terpesona dengan perisian 'archiver' atau peng 'compress' open source percuma sekaligus meninggalkan perisian zip dan rar berbayar yang anda lanunkan selama ini.



Terlebih dahulu, 7-Zip adalah sebuah perisian archiver atau compression seperti WinRAR dan juga WinZip. Beza antara 7-Zip dan kedua perisian tersebut ialah, ianya PERCUMA. Percuma dan juga open source. Namun begitu, tidak ramai yang menggunakannya kerana Graphical User Interface (GUI) atau 7-Zip agak hodoh dan kurang ceria.

Masalah ini telah diatasi oleh 7-Zip Theme Manager yang direka oleh KillerCookie. Versi yang terdahulu cuma menyokong CPU 32-Bit tetapi kini ia telah diperbaharui dengan sokongan 64-Bit. Mari kita sama-sama gunakan perisian percuma ini dan kurangkan cetak rompak. Jangan menjadi lanun sekiranya terdapat perisian seumpama yang percuma!

Anda boleh muat turun 7-Zip Theme Manager di sini.

Thursday, October 07, 2010

Seksikan Blog Anda Dengan SexyLightBox

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT. Sebenarnya aku ada banyak lagi kerja yang perlu disudahkan lagi-lagi kerana kesuntukan masa yang teramat sangat. Tapi oleh kerana aku tengah merehatkan diri, ingin aku kongsikan bersama segenap pembaca Hijrah Huzaifah (macamlah ramai sangat) ilmu yang boleh menambahkan kemahiran pengaturcaraan web sekaligus mencantik dan mengseksikan lagi blog anda.

SexyLightBox ialah klon kepada LightBox tetapi lebih seksi dan lebih ringan. Kedua-dua tersebut ialah skrip java yang mana mampu merubah cara paparan gambar pada sesebuah blog. Dari segi manakah cara paparan gambar itu diperbaharui? Sila klik pada mana-mana gambar di bawah bagi melihat contoh penggunaan SexyLightBox versi 2.3 --->




SexyLightBox akan memaparkan thumbnails tersebut di dalam tetingkap yang seksi. Ia juga membuatkan blog anda mempunyai daya tarikan tersendiri dengan adanya photo gallery sekaligus memudahkan semua pembaca anda melihat gambar-gambar yang banyak tanpa perlu klik back dan seterusnya.

Cara-cara untuk menggunakannya bolehlah didapati di laman empunya SexyLightBox.

Sekian.

Wallahu'alam.

Tamatnya Riwayat Dua Ekor Burung

بسم الله الرحمن الرحيم



Wikipedia : Burung Tiong Gembala Kerbau


Assalamualaikum. Memandangkan aku dah terlalu penat berfikir dan mencari penyelesaian bagi memperbaiki struktur UAV sepanjang hari sampaikan dah naik jammed otak ni, maka aku nak kongsikan cerita yang mungkin bagi kamu orang tak menarik. Tapi bagi aku agak seronok untuk dikongsi sebab pagi tadi, aku dah bunuh dua ekor burung. Ya, BURUNG! DUA EKOR! Macamana?


Macam ini ceritanya. Bermula seawal jam 6 pagi tadi aku terburu-buru ke Melaka dari Equine Park dan sudah semestinya pandu dengan laju iaitu lebih kurang 120KM/J - 140KM/J (bagi aku kira lajulah). Sepatutnya aku bertolak pada jam 5.30 pagi memandangkan aku perlu menghantar dua orang anak dara (adik aku dan sepupu lah) yang nak balik ke asrama petang ini di Serkam, Melaka. Tapi, disebabkan oleh mereka yang lambat bebenau bangun dan mandi agak 'sekejap', aku tiba di rumah Mak Bah (destinasi menghantar dua orang tersebut) lebih kurang 15 minit lagi pukul 8, waktu masuk pejabat.

Kalau aku ikut jalan biasa, memang agak tidak sempatlah memandangkan trafik pagi di Melaka menuju ke bandar agak sibuk. Aku memutuskan untuk mengikut susur keluar melalui Jasin, lebuhraya Plus. Aku pada tika itu memang fikirkan nak tiba ke pejabat secepat mungkin dan sepanjang laluan ke tol Jasin agak lengang dan selesa.

Namun panas tidak sampai ke petang. rupa-rupanya hujan ditengah hari. Tengah laju aku memandu, sekumpulan burung Tiong Gembala Kerbau mendarat di atas jalan betul-betul di hadapan aku dan hasrat dua ekor daripada burung-burung tersebut untuk terbang tidak kesampaian kerana terlebih dahulu dilanggar olehku. Banyak-banyak tempat, tengah jalan juga yang dia nak landing.

Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita aku tersebut dan pandulah dengan cermat, agar jiwa kita semua selamat.

INGATLAH INSAN TERSAYANG WALAUPUN HANYA SEEKOR BURUNG

Wallahu'alam.

Tuesday, October 05, 2010

Dunia Akhir Zaman

بسم الله الرحمن الرحيم





Kali ini aku nak selitkan sebuah video bertajuk Dunia Akhir Zaman. Video ini aku temui ketika melayari laman sosial kepunyaan seorang Yahudi bernama Mark Zuckerberg dan sudah tentu-tentulah laman itu adalah Facebook. Memandangkan pendapat aku Mark Zuckerberg adalah seorang kafir harbi, menggunakan lamannya untuk tujuan kebaikan dan penambahan ilmu tidaklah salah walaupun terdapat pelbagai pendapat yang bercanggah. Namun, janganlah kita sekelian asyik dengan game online dan juga dengan iklan-iklan yang dipaparkan di laman tersebut kerana itulah punca kewangan yang dijana oleh si kafir harbi tersebut.

Berkenaan dengan video yang aku sertakan ini, ia dibuat dan digubah oleh seorang hamba yang dikenali dengan nama brofat. Video dan maklumat berkaitan telah aku dapati dari blog jalan salafus sholih. Video yang berlangsung selama 22 minit ini, terbahagi kepada 2 bahagian. Secara keseluruhan, video ini memaparkan pembongkaran perancangan konspirasi serta fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini. Sebagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi mereka, tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Setelah menonton sepenuhnya, aku berpendapat sama seperti pemilik blog jalan salafus sholih tersebut iaitu

Segala kandungan di dalam video ini melainkan ayat Al-Quran dan Hadis, boleh jadi benar atau tidak benar.


Saksikan.




Monday, October 04, 2010

Bagaimana Memasang Favicon Sendiri Dalam Blogger

بسم الله الرحمن الرحيم


Pertama-tama sekali, mungkin ada diantara kalian yang bertanyakan APA ITU FAVICON? UNTUK APA FAVICON ITU?

Maka di sinilah aku akan kongsikan bersama kamu semua. Boleh juga jika hendak di Google. Lebih mudah dan pantas. Sebab apa? Sebab aku pun belajar melalui Google. Tips aku, jadikanlah Google sebagai sahabat karib kamu semua kerana Google mampu menjawab apa sahaja pertanyaan kalian namun begitu perlu tahu jawapan yang diberikan oleh Mr. Google adalah sangat subjektif dan kita perlu tahu mencari jawapan yang tepat bagi semua jawapan yang diberikan oleh Google.

Sambung berkenaan favicon, aku akan Google dulu tentang favicon dan ini dia jawapan Google selepas aku cari "use favicon on blogger". Aku pilih untuk buka laman http://www.bloggingtips.com/2009/04/27/add-a-custom-favicon-to-your-blogger-blog/. Kamu boleh terus baca di laman tersebut ataupun baca dari perkongsian aku ini.

Oh, terlupa aku nak cakap. Favicon itu adalah icon kecil (selalunya logo) yang akan keluar di sebelah kiri alamat sesebuah laman sesawang dalam pelayar sesawang (web browser) kamu.



Favicon yang telah diubah


Sekiranya kamu tidak menukar favicon, ia akan secara azalinya menggunakan favicon Blogger iaitu seperti ini


Untuk apa favicon yang diubah?
Hanyalah sekadar untuk menampakkan kelainan pada blog kita dan menunjukkan logo bagi memudahkan sesiapa yang masuk ke dalam blog.

Bagaimana?
Terlebih dahulu, buat favicon anda sendiri yang bersaiz 16x16 pixels dan menggunakan format .ico. Boleh juga sekiranya dalam format GIF atau PNG. Kamu boleh menggunakan servis di laman berikut untuk merubah gambar grafik logo anda kepada favicon.



Setelah itu, hanya gunakan Picasa Web Albums anda untuk memuat naik favicon anda tersebut. Harap maklum, semua pengguna Blogger mempunyai Picasa album mereka tersendiri secara automatik.

Gunakan url favicon yang telah kamu muatnaik ke Picasa tersebut. Kemudian, buka html didalam Design Layout Blogger kamu. Cari tag dan pastekan kod ini sebelum tag tersebut.

link href='http://www.blogger.com/favicon.ico' rel='icon' type='image/vnd.microsoft.icon'/ 

Gantikan 'http://link_kepada_favicon_kamu.ico' dengan url sebenar favicon yang telah kamu muatnaik ke Picasa. Save template dan berjaya!!

Sekian Terima Kasih.

Wallahu'alam.

Sunday, October 03, 2010

Ubuntu Datang Lagi! Kali Ini Versi 10.10 Maverick Meerkat

بسم الله الرحمن الرحيم




Desktop Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat Beta


Ubuntu datang lagi! Teringat pada iklan Tora Datang Lagi! zaman aku sekolah rendah dulu. Begitu pantas masa berlalu. Seperti baru sahaja versi yang lalu 10.04 LTS dilancarkan, beberapa hari lagi akan keluar pula versi 10.10 Maverick Meerkat. Sememangnya Ubuntu adalah sistem pengoperasi yang sangat pantas kadar pembangunannya iaitu setiap enam bulan sekali akan dilancarkan versi baru yang lebih padat dengan pembaharuan.





Iklan Tora zaman 90-an



Okeh. Mari cerita tentang Maverick Meerkat yang bakal dilancarkan tujuh hari lagi. Versi Release Candidate (RC) sudah pun dikeluarkan bagi tujuan penilaian oleh pengguna-pengguna dan para penyokong Ubuntu walaubagaimanapun aku enggan memuat turun versi RC tersebut kerana aku lebih rela menunggu ianya dilancarkan sepenuhnya dengan rasmi 7 hari lagi!


Apa yang diperbaharui?


Mari kita sama-sama lihat pembaharuan yang telah dibuat oleh pasukan pembangun Ubuntu bagi versi terbaru dan teristimewa, 10.10 Maverick Meerkat.

1. Font Ubuntu - secara rasminya, font Ubuntu!
2. Gnome Desktop versi 2.32 - terkini!
3.Evolution versi 2.30 - lebih ringan dan pantas!
4. Shotwell menggantikan F-Spot sebagai photo manager.
5. Gwibber telah dikemaskini!
6. Sound Indicator telah diperbaharui dengan kawalan pemain muzik!

Dan banyak lagi perubahan dan kemajuan lain yang boleh anda semua lihat di laman sesawang Ubuntu sendiri di www.ubuntu.com

Wallahu'alam.

Saturday, October 02, 2010

Panda Security 2011 Dengan Harga Termurah!

بسم الله الرحمن الرحيم





Terbaru! Panda Security 2011 Tulen (lesen sahaja)

Panda Antivirus Pro (1 Year, 1 User) : RM15
Panda Internet Security (1 Year, 1 User) : RM25
Panda Global Protection (1 Year, 1 User) : RM35

Panda Antivirus Pro (1 Year, 3 Users) : RM40
Panda Internet Security (1 Year, 3 Users) : RM70
Panda Global Protection (1 Year, 3 User) : RM100

* semua produk adalah activation code dan lesen yang asli/tulen.

Dapatkan lesen tulen segera dan hindari diri anda dari menjadi mangsa serangan virus!

huzaifah@huzaifah.org
zekonology@gmail.com

Friday, October 01, 2010

Menyumbang Bersama Kembara Kasih'10

بسم الله الرحمن الرحيم





Beberapa hari yang lalu aku mendengar tentang Kembara Kasih'10 di radio IKIM FM. Lantas aku merasa terpanggil untuk berkongsi informasi mengenai misi bantuan kemanusiaan ini. Kembara Kasih'10 adalah misi yang akan dilaksanakan oleh sebuah pasukan dari Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Teknologi Malaysia. Misi ini bertujuan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Islam yang minoriti di Vietnam dan Kemboja. Pasukan tersebut akan berada di sebuah kampung di Kemboja selama sepuluh hari dan bertolak dari tanah air pada 6 Disember ini.


Petikan dari Utusan:

Pengarah program, Muaz Zakaria, 22, berkata, antara bantuan yang disalurkan berupa makanan, perubatan (berkhatan), akikah, kewangan, kelengkapan solat dan pembinaan prasarana seperti perigi dan tandas.


Katanya, masyarakat Islam di Kemboja tergolong dalam kelompok masyarakat yang serba kekurangan dan memerlukan sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada dari segi kewangan mahupun perubatan.


Di Vietnam pula, katanya, masyarakat di sana kurang mendapat pendedahan agama dan kebanyakan anak-anak Islam di negara itu tiada pilihan lain selain daripada belajar di sekolah-sekolah yang mengikut sistem pemerintahan komunis.


”Meskipun program ini masih baru, kami bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


”Pada tahun ini, kami berhasrat untuk membuat salinan buku solat dan doa untuk diserahkan kepada masyarakat Islam di sana,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.


Menurut beliau, program tersebut banyak menerima peruntukan kewangan melalui kutipan derma daripada mahasiswa dan pensyarah di universiti berkenaan selain sumbangan daripada individu perseorangan lain.


Katanya, sumbangan daripada mana-mana pihak lain amat dialu-alukan dalam memastikan objektif program berkenaan untuk membantu golongan kurang berkemampuan itu dapat diteruskan pada masa akan datang.


Jelasnya, sumbangan boleh disalurkan melalui akuan bank kembara kasih ‘01, CIMB – 01160 00025 3103 atau menghubungi pengarah program, Muaz Zakaria di talian .


Sumbangan al-Quran wakaf untuk dibawa ke Vietnam dan Kemboja pula boleh disalurkan ke Percetakan Saufi, Syarikat penerbitan al-Quran Mushaf Uthmani di alamat Lot 6213 Batu 9 3/4 Cheras, Jalan Cheras Kajang, Selangor atau hubungi Rahman Mahdan di talian 03-2693049 atau 03-26915184.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Bidan Kucing Terjun

بسم الله الرحمن الرحيم


Malam ini, dalam sejarah hidup aku pertama kali aku jadi bidan. Bidan kucing. Kucing aku yang sudah agak tua untuk beranak memanggil aku dan akhirnya melahirkan anaknya di hadapan aku setelah puas menolak segala macam bentuk dan tempat beranak yang telah aku sediakan khas buatnya. Aku sempat merakamkan video sambil membelai dan cuba untuk menarik keluar anak kucing yang ibunya sudah terlalu tua untuk meneran anak itu lalu memerlukan pertolongan seorang manusia. Subhanallah, hebat sungguh kuasa Allah S.W.T. . Kucing yang tidak berakal pun boleh meminta tolong tuannya untuk menjadi bidan! Hayati video yang tak seberapa nak bagus kualitinya. Maklumlah, rakam dari handphone murah.



Air ketuban baru pecah. Kelihatan bahagian belakang anak kucing baru nak keluar.


video


video


video