Sunday, August 18, 2013

'Repair' Sport Rims Bengkok atau Rosak

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum WBT. Ni nak cerita tempat baikpulih sport rims kereta yang bengkok ataupun dah rosak. Sekian maklum jalan kat tanah air kita ni memang "cantik-cantik" sampai dah jadi kebiasaan pemandu terpaksa mengelak lubang macam main game lumba kereta. Sebelum raya baru-baru ni aku ada hantar dua biji sport rims kereta aku yang dah bengkok kritikal untuk dibaikpulih sepenuhnya. Nak beli lain tak mampu, makanya terpaksalah repair sahaja. Aku tak pernah hantar untuk repair sport rims sebelum ni melainkan hanya tahu yang kedai-kedai tayar boleh tolong hantarkan dengan kadar bayaran lebih kurang RM100-RM120 untuk setiap satu.

Di zaman serba-serbi canggih yang penuh dengan jaringan maya, aku pun menggoogle tempat yang boleh repair sport rims kereta. Daripada forum-forum internet, Wan Sing Sportrims Services adalah tempat yang dicari. Aku tak pernah tengok dan tak pernah tahu macam mana dia orang ni buat untuk pulihkan balik sport rims yang dah bengkok. Tambahan pula sport rims kereta aku yang dua biji tu memang bengkok amat sampaikan tayar pun rosak. Aku bayangkan dia orang ni mesti ada mesin yang canggih memang khas untuk baiki sport rims. Sekali masuk terus elok. Macam tu la agaknya kan.

Tapi setibanya aku kat Wan Sing Sportrims Services, sangkaan aku meleset. Tempat dia macam kedai jual tayar buruk. Macam kilang pagar besi pun ada jugak. Hati dah lain macam. Betul ke dia orang ni boleh repair sport rims kan? Lepas aku parkir kereta depan kedai tu, keluarlah seorang lelaki cina. Edwin namanya. Dia tunjukkan dalam kedai dia sport rims yang dah siap dibaikpulih. Aku tengok salah seorang pekerja sedang khusyuk mengetuk rim yang ligat berputar atas mesin. Lagak pekerja tu memang sangat pakar. Ketuk sambil rim kereta tu tengah pusing. Aku borak-borak dengan dia pasal ketuk rim ni. Sing nama dia. Dah sepuluh tahun kerja, memang pakar habis la jawabnya. Sambil-sambil ketuk, dia panaskan pakai api welding untuk melembutkan rim lepas tu sambung ketuk lagi. Dia orang ni memang bukan pakar kereta tapi pakar besi! Mesin-mesin kelihatan old school, sekadar memutarkan rim. Tapi kepakaran mereka tak dapat dinafikan.

Ilmu dan bahan yang Allah dah bagi pada kita manusia. Disebutkan lagi dalam surah Al-Hadid.

Surah Al Hadid, Ayat 25
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Dipendekkan cerita, dia orang pinjamkan aku rim sementara untuk siapkan dua biji sport rims aku. Aku hantar pukul 12 tengah hari boleh siap dalam pukul 5 petang. Aku pesan untuk pasangkan sekali tayar baru yang aku beli. Senang kerja tak perlu dua tiga kali. Dia orang akan betulkan rim siap buat on wheel balancing. Lepas dah siap semua, bayaran hanya RM60 untuk sebiji sport rim 17 inci (asalnya RM70 tapi diskaun sebab pakai keahlian MyForte Club). Murah kan? Memang sedap pandu kereta dengan sport rims yang sudah disempurnakan kembali. 160km/j pun tak bergegar. Masih terasa amat lancar. Jadi, aku sangatlah menyarankan pada sesiapa yang ada masalah dengan sport rims kereta tu, boleh hantar ke Wan Sing ni. Jangan kata rim bengkok, yang berlubang besar penumbuk pun boleh baiki lagi. Cayalah. Ilmu Allah yang setitik ni Allah bagi, kalau kita kuasai in sya Allah memang jadi pakar.



Brother Sing, pakar besi

Bahagian hadapan kilang

Mesin baikpulih 



Ni butiran kedai Wan Sing :

Lokasi :

View Larger Map

Bersebelahan dengan KIA 3S (seberang jalan).

26 comments:

  1. slm bro...

    baru jumpa blog ni lepas amek dri repair semlm....nak tau tu gambo rim yg bengkok ke?rim sy crack n bengkok ckit...kedai tyr tu cas 200...sy plak tertinggal special lock humm malas nk fikir settle kan kat kedai dia trusla kat semenyih...tp dia repair finishing xlawa & lepas balancing kaw2 pon klu 120kmj ada rsa gegaran konsisten....rim bro tu lepas repair cun abes ke?tempat yg dorg ketok tu cantik x finishing?

    thxx

    ReplyDelete
  2. Wassalam.. bro gambar tu bukan rim sy.. tu sekadar gambar hiasan.. rembat kat mana tah.. Wan Sing ni memang pakar ketuk rim.. memang cun melecun.. jangan cakap rim crack, rim berlubang besar penumbuk pun boleh repair in sya Allah. Finishing & balancing memang perfect macam rim baru.. setakat ni top speed yg pernah bawak 160kmj tak gegar langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekcelli sy dh repair tp kedai tyr tu xtau mna anto xlawa...lepas balancing kaw2 120-14 ada rsa gegor ckit lgi..

      Delete
    2. bro boleh try la pegi kat Wan Sing tu tengok macam mana.. dia ada buat on wheel balancing.. mungkin jugak gegar tu bukan sebab rim bengkok ataupun balancing.. mungkin jugak sebab lain..

      Delete
    3. terima kasih la bg info yg sngt2 berguna ni.aku baru jer hntr 4 bijik rim kt sini utk ketuk + cat baru.sing tu bg spesel price.

      Delete
    4. Alhamdulillah la.. manfaat untuk semua yang memerlukan..

      Delete
  3. Salam bro,Aku nak tnya,dia sekali cat ke ikut warna asal ke x?just ketuk je

    ReplyDelete
  4. Salam bro,Aku nak tnya,dia sekali cat ke ikut warna asal ke x?just ketuk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Bro, untuk ketuk semata-mata dia tak cat baru. Ikut warna sport rim tu. Tapi kalau nak cat ataupun modify sport rim, dia ada offer service tu.. dalam RM200 kot untuk 4 bijik kalau tak silap...

      Delete
    2. btol tu.kalo nk cat warna asal pon boleh.tmbh skit je lagi.cat dier pon puas ati.mcm original dr kilang.

      Delete
  5. info yg sgt brguna utk semua...thanx tuan...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. tak tau la pulak bro.. try call nombor fon dia tu..

      Delete
  7. Repair rim ni x menjanjikan 100% perfect. Kalau bawak 120km/j rasa gegar, cuba buat on wheel balancing.Sebab mesin balancing hanya dapat detect paling laju pon 60km/j je. Tapi x semua kedai boleh buat on wheel balancing nih. try la cari..

    No tepon Wan Sing ada dalam link bawah nih. Dan ada lagi kedai2 lain yang boleh repair rim. Aku tak penah buat kat Wan Sing tapi penah buat kat Tek Ming. Kat situ murah sket, sebiji dia amik RM40. So far yang aku repair kat situ xde masalah cuma kena buat on wheel balancing je sebab 110km/j -130km/j gegar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Sing dia repair sekali dengan buat on wheel balancing... Pernah dengan Tek Ming memang murah sangat tapi ada byk jugak feedback negative.. Setakat ni buat dengan Wan Sing memang terbaik dan puas hati...

      Delete
  8. Mana alamat kedai repair sport rim

    ReplyDelete
  9. kalau sport rim calar boleh buat ke.. saya terlanggar divider, memang scratch bergigi.. dah tak cantik.. nak tukar baru memg berpeluh laaa.. kedai ni boleh touch up tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sport rim calar bergigi wallahua'lam kalau nk touch up. Tapi dia boleh skim sport rim mungkin juga boleh touch up... kena call boss dia tanya.. Ah Lam.. ni nombor fon Ah Lam 016-5277155. Banyak tempat repair sport rim lagi yg murah2 tapi dari feedback customer, kebanyakkannya tak memuaskan. Wan Sing lepas dia repair dia buat on wheel balancing sekali. Setakat ni dah byk kali saya hantar kat Wan Sing memang puas hati. Cat sport rim jadi dark grey pun kat situ.. Cantik macam aftermarket... Bila repair saya lari 170 pun tak gegar...

      Delete
  10. Rim kereta yg pecah/crack boleh gunakah selepas buat weldmen

    ReplyDelete
  11. sport rim motor bleh buat ker bos, ade bengkok sikit

    ReplyDelete
  12. nak.repay rim bengokok,kat mana.ye

    ReplyDelete