Sunday, October 13, 2013

Perginya Seorang Wira - Al-Fatihah Buat Prof Dato' Ir Dr Radin Umar

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum WBT. Pagi ini aku dikhabarkan dengan pemergian Prof Dato' Ir Dr Radin Umar, mantan Naib Canselor UPM. Bagi sesiapa yang mengenali beliau pastinya mengetahui akan ketegasan dan ketelusan beliau dalam setiap perkara. Pada aku, beliau adalah seorang wira yang telah banyak berjasa pada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Beliau juga yang telah bersusah payah mencari dan menemui aku ketika sesat dan hilang di KL tujuh belas tahun lalu. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman in sya Allah. Aku pohon kepada sesiapa yang terbaca tulisan ini agar meluangkan kesempatan untuk menyumbangkan Al-Fatihah kepada roh beliau. Al-Fatihah...



Innialillahiwainnailaihi roji'un...

Wallahu'alam...

1 comment:

  1. Innalillahiwainnailaihirajiun.... moga roh dirahmati...

    ReplyDelete